UPM Institutional Repository

Hubungan penggunaan saluran komunikasi dengan kualiti hidup: kerangka konseptual


Citation

Alan, Ribka and Hassan, Md. Salleh and Bolong, Jusang and Osman, Mohd Nizam (2019) Hubungan penggunaan saluran komunikasi dengan kualiti hidup: kerangka konseptual. In: International Conference on Social Sciences and Humanities 2019 (ICOSSH2019), 8-9 Oct. 2019, Parkcity Everly Hotel, Bintulu, Sarawak, Malaysia. (pp. 321-332).

Abstract

Kemajuan dalam kehidupan masyarakat luar bandar merujuk kepada kualiti hidup yang dinilai berdasarkan kepuasan peribadi mereka yang melibatkan nilai kebahagiaan, material dan perlakuan yang diamalkan. Justeru itu, penekanan adalah untuk menentukan peranan saluran komunikasi kepada perubahan kualiti hidup kepada penduduk luar bandar. Kajian ini dilakukan bertujuan untuk membincangkan secara konseptual mengenai hubungan penggunaan saluran komunikasi dengan kualiti hidup masyarakat luar bandar. Bagi menilai kualiti hidup yang lebih baik dan hubungan dengan peranan saluran komunikasi yang sedia ada akan menggunakan sepuluh komponen kualiti hidup yang telah digariskan dalam Indeks Kualiti Hidup Malaysia 2004. Perbincangan yang didasari oleh sorotan literatur boleh membantu penyelidik yang membuat kajian berkaitan dalam menyesuaikan instrumen kajian terutamanya di kawasan luar bandar. Tambahan pula, penulis turut membincangkan kaedah yang akan digunakan bagi analisis data seperti statistik deskriptif, pekali korelasi separa dan regresi pelbagai. Penetapan kerangka konseptual kajian ini penting dalam mengadaptasi instrumen penilaian kualiti hidup bagi masyarakat di luar bandar pada masa akan datang.


Download File

[img] Text
ICOSSH2019-11.pdf

Download (376kB)

Additional Metadata

Item Type: Conference or Workshop Item (Paper)
Divisions: Faculty of Agriculture and Food Sciences
Faculty of Modern Language and Communication
Publisher: Faculty of Agriculture and Food Sciences, Universiti Putra Malaysia Bintulu Sarawak Campus
Keywords: Channel communication; Quality of life; Community roles; Rural community
Depositing User: Nabilah Mustapa
Date Deposited: 04 Feb 2020 08:42
Last Modified: 04 Feb 2020 08:42
URI: http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/76480
Statistic Details: View Download Statistic

Actions (login required)

View Item View Item