UPM Institutional Repository

Ritual Sabak dalam budaya masyarakat Iban di daerah Sebauh, Sarawak


Citation

Tugau, Mangai and Magiman, Mohamad Maulana and Kundat, Franklin Ragai (2019) Ritual Sabak dalam budaya masyarakat Iban di daerah Sebauh, Sarawak. In: International Conference on Social Sciences and Humanities 2019 (ICOSSH2019), 8-9 Oct. 2019, Parkcity Everly Hotel, Bintulu, Sarawak, Malaysia. (pp. 37-43).

Abstract

Sabak Bebuah yang merupakan satu daripada 20 jenis leka main dalam puisi masyarakat Iban. Puisi berbentuk ratapan nyanyian (nyanyian berkabung) ini akan dipersembahkan oleh Tukang Sabak semasa perlaksanaan upacara kematian masyarakat Iban terutama yang masih mengamalkan kepercayaan animisme. Sabak Bebuah ini mempunyai tiga fungsi utama iaitu untuk memisahkan roh si mati daripada ahli keluarga serta saudara mara yang masih hidup, memastikan kematian bukan penghujung hidup dan untuk mengiringi roh si mati ke dunia kematian yang dinamakan Sebayan. Fokus utama masalah ini adalah untuk mengkaji tentang beberapa ritual yang berhubung dengan Sabak Bebuah, dengan membuat analisis simbol-simbol yang terkandung di dalamnya. Selain itu, ia juga adalah untuk mengenal pasti elemen-elemen dalam ritual Sabak Bebuah yang dijadikan sebagai identiti masyarakat Iban. Metod kajian adalah dengan mengguna kaedah kualitatif (etnografi) yang terdiri daripada Field Research/Fieldwork, Participant Observation, Temu Bual dan Kaedah Perpustakaan di beberapa Kawasan di Daerah Sebauh yang terdiri daripada kawasan Sungai Sebauh, Sungai Pandan-Binyo, Sungai Labang dan kawasan Tubau Jelalong. Data yang diperoleh kemudian dianalisis mengguna kaedah interpretif, deskripsi, induksi dan Grounded Theory serta berdasarkan pemahaman komuniti yang dikaji. Hasil kajian mendapati ritual Sabak Bebuah yang dilaksanakan ini adalah bertujuan untuk memberikan satu jalan kesejahteraan kepada si mati. Selain itu, simbol yang terkandung di dalam ritual ini menjelaskan bahawa setiap yang hidup pasti akan menemui hari mati dan untuk pengekalan pusingan kehidupan ini perlu adanya permaufakatan dalam kalangan masyarakatnya. Nilai kemasyarakatan yang terkandung bukan untuk individu tetapi ia merangkumi keseluruhan dalam kalangan masyarakatnya yang membentuk identiti masyarakat Iban.


Download File

[img] Text
ICOSSH2019-1.pdf

Download (421kB)

Additional Metadata

Item Type: Conference or Workshop Item (Paper)
Divisions: Faculty of Agriculture and Food Sciences
Publisher: Faculty of Agriculture and Food Sciences, Universiti Putra Malaysia Bintulu Sarawak Campus
Keywords: Ritual; Sabak Bebuah; Identity; Iban community
Depositing User: Nabilah Mustapa
Date Deposited: 04 Feb 2020 04:54
Last Modified: 04 Feb 2020 04:54
URI: http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/76452
Statistic Details: View Download Statistic

Actions (login required)

View Item View Item