UPM Institutional Repository

Tahap profesiensi bahasa Melayu dan hubungannya dengan status sosioekonomi, motivasi belajar dan pencapaian akademik dalam kalangan murid bukan penutur natif


Citation

Nahar, Nora’azian (2018) Tahap profesiensi bahasa Melayu dan hubungannya dengan status sosioekonomi, motivasi belajar dan pencapaian akademik dalam kalangan murid bukan penutur natif. Doctoral thesis, Universiti Putra Malaysia.

Abstract

Profesiensi keempat-empat kemahiran dalam bahasa Melayu terhadap murid bukan penutur natif kurang dilaksanakan secara tuntas mendorong kajian ini dijalankan. Dapatan kajian lepas menunjukkan murid bukan penutur natif di Malaysia kurang cekap mendengar, kurang fasih bertutur, kurang lancar membaca dan kurang mahir menulis dalam bahasa kebangsaan. Berikutan fenomena tersebut, kajian ini dijalankan bagi mengenal pasti tahap profesiensi bahasa Melayu dan hubungannya dengan status sosioekonomi (SSE), motivasi belajar dan pencapaian akademik dalam kalangan murid bukan penutur natif. Seramai 414 orang sampel kajian daripada 5 buah sekolah SJKC dan SJKT di Daerah Kuantan telah dipilih. Analisis kajian menggunakan borang soal selidik dan Ujian Profesiensi Bahasa Melayu Sekolah Rendah (UPBM_SR). Data diproses menggunakan IBMSPSS Versi 23 dengan reka bentuk tinjauan hirisan rentas. Hasil dapatan menunjukkan majoriti (29%) murid mendapat Tahap 4 bagi Tahap Keseluruhan Profesiensi Bahasa Melayu (TKPBM) di SJK Daerah Kuantan. Hubungan TKPBM dengan SSE keluarga bagi pendidikan bapa dan ibu, pekerjaan bapa dan pendapatan isi rumah adalah sederhana manakala hubungan antara TKPBM dengan skor min motivasi belajar murid di SJK adalah rendah. Berdasarkan Interpretasi Cohen (1988), hubungan antara TKPBM dengan ketiga-tiga pemboleh ubah yang dikaji iaitu (BM-Pemahaman, BM-Penulisan dan Peratus Keseluruhan Subjek) menunjukkan perkaitan yang besar bagi murid di SJK Daerah Kuantan. Kajian selanjutnya bagi mengenal pasti faktor yang menyumbang kepada pencapaian sebegini perlu diberikan perhatian. Selain itu, program bagi meningkatkan TKPBM dalam kalangan murid bukan penutur natif juga perlu dipergiatkan.


Download File

[img]
Preview
Text
FPP 2018 28 IR.pdf

Download (803kB) | Preview

Additional Metadata

Item Type: Thesis (Doctoral)
Subject: Malay language - Study and teaching (Elementary) - Malaysia
Call Number: FPP 2018 28
Chairman Supervisor: Fadzilah Abd Rahman, PhD
Divisions: Faculty of Educational Studies
Depositing User: Mas Norain Hashim
Date Deposited: 28 Nov 2019 10:55
Last Modified: 21 Jan 2020 00:03
URI: http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/76264
Statistic Details: View Download Statistic

Actions (login required)

View Item View Item