UPM Institutional Repository

Keterlibatan kognitif, efikasi kendiri keusahawanan dan hubungannya dengan perilaku inovasi keusahawanan pelajar


Citation

Samsudin, Faridah (2017) Keterlibatan kognitif, efikasi kendiri keusahawanan dan hubungannya dengan perilaku inovasi keusahawanan pelajar. Masters thesis, Universiti Putra Malaysia.

Abstract

Keusahawanan dapat membantu menjana ekonomi negara. Inovasi dalam keusahawanan pula boleh menjana ganjaran yang lebih lumayan. Usahawan yang berinovasi adalah kumpulan penting yang mampu membantu negara kita untuk keluar daripada terperangkap dalam status ekonomi berpendapatan sederhana, kepada ekonomi berpendapatan tinggi. Objektif kajian ini adalah untuk menentukan tahap dan hubungan pembolehubah keterlibatan kognitif dan efikasi kendiri keusahawanan dengan perilaku inovasi keusahawanan pelajar sekolah menengah di negeri Selangor. Kajian ini adalah berbentuk deskriptif dengan menggunakan soal selidik sebagai instrumen utama. Instrumen kajian bagi perilaku inovasi keusahawanan pelajar adalah menggunakan ‘The Innovative Behaviour Inventory’ berdasarkan hasil kajian Lukeš (2013). Item keterlibatan kognitif diukur menggunakan item yang telah diubah suai daripada hasil kajian Greene et al., (2004). Soal selidik yang digunakan bagi efikasi kendiri keusahawanan pelajar ialah ‘Entrepreneurial Self-Efficacy Measures’ yang telah dibangunkan berdasarkan hasil kajian McGee et al., (2009). Sebanyak 403 orang responden telah terlibat dalam kajian ini yang terdiri daripada pelajar Tingkatan 4 daripada 10 buah sekolah menengah harian biasa di seluruh negeri Selangor. Dapatan kajian dianalisis secara kekerapan, peratusan, min, sisihan piawai, ujian-t sampel tidak bersandar, ANOVA satu-hala, analisis korelasi Pearson dan analisis regressi berganda. Semua data ini dianalisis dengan menggunakan perisian SPSS versi 21. Analisis kajian menunjukkan skor min keterlibatan kognitif M=3.63 (SP=0.43) adalah sederhana. Tetapi, skor min efikasi kendiri keusahawanan M=3.67 (SP=0.58) dan perilaku inovasi keusahawanan pelajar M=3.73 (SP=0.56) berada pada tahap tinggi. Analisis korelasi Pearson menunjukkan terdapat hubungan signifikan yang kuat dan positif antara keterlibatan kognitif dan perilaku inovasi keusahawanan pelajar [r(403)=0.665, p=0.01]. Begitu juga terdapat hubungan signifikan yang kuat dan positif antara antara efikasi kendiri keusahawanan dan perilaku inovasi keusahawanan pelajar [r(403)=0.802, p=0.01]. Efikasi kendiri keusahawanan adalah peramal bagi pemboleh ubah perilaku inovasi keusahawanan pelajar. Tahap keterlibatan kognitif dan efikasi kendiri keusahawanan pelajar boleh ditingkatkan melalui pelbagai strategi pengajaran yang menarik dan berkesan dalam menghasilkan pelajar berinovasi dan mempunyai efikasi keusahawanan yang baik.


Download File

[img]
Preview
Text
FPP 2018 23 IR.pdf

Download (594kB) | Preview

Additional Metadata

Item Type: Thesis (Masters)
Subject: Entrepreneurship - Study and teaching - Research
Subject: Constructivism (Education)
Subject: Creative thinking
Call Number: FPP 2018 23
Chairman Supervisor: Zaidatol Akmaliah Binti Lope Pihie, PhD
Divisions: Faculty of Educational Studies
Depositing User: Mas Norain Hashim
Date Deposited: 28 Nov 2019 10:55
Last Modified: 20 Jan 2020 08:04
URI: http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/76259
Statistic Details: View Download Statistic

Actions (login required)

View Item View Item