UPM Institutional Repository

Hubungan antara stail kepimpinan guru besar dengan tahap kepuasan kerja guru sekolah rendah jenis kebangsaan tamil


Citation

Kali Perumal, Raman (2014) Hubungan antara stail kepimpinan guru besar dengan tahap kepuasan kerja guru sekolah rendah jenis kebangsaan tamil. Masters thesis, Universiti Putra Malaysia.

Abstract

Dalam satu kenyataan, JobStreet.com (2012) melaporkan ramai warga Malaysia menyatakan tidak gembira untuk bekerja. Salah satu faktor utama yang dikenalpasti adalah hubungan yang dingin dengan penyelia terdekat atau ketua masing-masing. Oleh yang demikian, kajian ini akan mengenalpasti persepsi guru-guru terhadap stail kepimpinan guru besar dan sejauhmana persepsi ini mempengaruhi kepuasan kerja guru di Sekolah-sekolah Rendah Kebangsaan Tamil di daerah Jempol dan Jelebu , Negeri Sembilan. Kajian ini hanya merujuk kepada empat pembolehubah kepimpinan iaitu mengarah, berorentasikan kejayaan, menyokong dan berserta. Keempat-empat pembolehubah diperolehi daripada Teori Path-Goal (House & Mitche1l, 1971). Pembolehubah utama dalam kajian ini ialah tingkat kepuasan kerja guru sebagai pembolehubah bersandar. Bagi dimensi kepuasan kerja terdapat tujuh kelompok item iaitu faktor gaji, kenaikan pangkat, penyeliaan, ganjaran, pesekitaran kerja dan rakan sekerja. Dimensi-dimensi yang dipilih untuk mengukur kepuasan kerja adalah mengikut Teori Dua Faktor Herzberg yang menerangkan faktor hygiene dan motivasi. Faktor intrinsik (motivasi) yang terlibat dalam kajian ini usaha untuk mendapat kenaikan pangkat manakala faktor ekstrinsik (hygiene) merangkumi faktor gaji, ganjaran, pesekitaran tempat kerja, penyeliaan, komunikasi (interpersonal) dan sokongan rakan sekerja. Kajian ini berbentuk kolerasi dimana ia menggunakan kaedah deskriptif dan inferensi (kolerasi dan regresi). Populasi kajian ini terdiri daripada guru-guru terlatih dan berjawatan tetap daripada 12 buah Sekolah Rendah Kebangsaan Tamil yang terpilih di daerah Jempol dan Jelebu , Negeri Sembilan. Sejumlah 154 orang guru daripada 12 buah sekolah terpilih telah dijadikan sebagai sampel kajian. Hasil kajian mendapati faktor rakan sekerja mencatat nilai purata yang tertinggi (4.277) berbanding dengan faktor kepuasan kerja guru yang lain. Ini bermaksud, pengaruh rakan sekerja mempunyai hubungan kuat dengan sikap rasa puas hati guru. Nilai purata bagi kepuasan kerja adalah 3.983 iaitu berada pada tahap yang tinggi. Ini bermaksud guru-guru disekolah Tamil daerah Jempol dan Jelebu amat berpuas hati dengan gaya kepimpinan guru besar. Daripada 12 sekolah yang dikaji , didapati stail kepimpinan orientasi kejayaan yang paling banyak diamalkan oleh para guru besar (M= 4.011). Nilai kolerasi (r) untuk gaya kepimpinan orientasi kejayaan dengan faktor kepuasan dalam dimensi gaji adalah .273 dan ini menunjukkan bahawa gaya kepimpinan orientasi kejayaan mempunyai perkaitan yang positif dan rendah. Gaya kepimpinan menyokong mempunyai perkaitan yang signifikan dengan dimensi kenaikan pangkat (r= .329, p<0.05). Bagi gaya kepimpinan partisipatif, terdapat hubungan signifikan yang positif dan sederhana dengan dimensi kepuasan kerja. Kenyataan ini boleh dibuktikan dengan nilai kolerasi (r=.373). yang tertinggi berbanding dengan gaya kepimpinan yang lain. Juga didapati nilai koefisien kolerasi ini berada pada aras p≤0.05. Hasil ujian ini membuktikan terdapat faktor dominan iaitu gaya kepimpinan partisipatif yang mempengaruhi kepuasan kerja dalam kalangan guru-guru sekolah Tamil di Jempol dan Jelebu, Negeri Sembilan. Secara kesimpulan, hipotesis kelima diterima. Pembolehubah ini memberi sumbangan hanya sebanyak 13.33% dalam menerangkan kepuasan kerja sebagai pemboleubah bersandar. Ini juga bermaksud terdapat 86.67% faktor-faktor lain yang dapat meramal kepuasan kerja. Nilai F= 24.667 dan Sif F=.000 membuktikan model ramalan ini adalah fit. Di peringkat teoritikal, kajian ini telah memperluaskan pemahaman terhadap kepuasan kerja. Hasil kajian, di dapati kepimpinan partisipatif dapat membentuk tenaga pengajar yang mempunyai kepuasan kerjayanya. Di peringkat praktikal, gaya kepimpinan partisipatif yang dipimpin oleh guru besar dapat meningkatkan kompetensi kerja dalam kumpulan. Pelbagai latihan untuk kepimpinan partisipatif perlu dijalankan memandangkan pembolehubah ini adalah prediktor utama. Berdasarkan kajian ini, seorang pengetua yang mengamalkan stail kepimpinan partisipatif perlulah mengalakkan guru menggunakan tatacara kerja yang seragam, mudah didekati dan mesra, memberi layanan seolah-olah semua guru adalah setaraf dengannya, perlulah senang mencuba idea-idea baru bersama guru, menerima cadangancadangan yang dikemukakan oleh guru untuk dilaksanakan dan beliau perlu memastikan sikapnya jelas difahami oleh guru. Guru besar disarankan menggunakan lebih banyak pendekatan hubungan kemanusiaan berbanding autokratik bagi meningkatkan komitmen dan motivasi guru-guru di samping membentuk pesekitaran kerja yang konduksif memandangkan faktor ini yang mempunyai nilai kolerasi yang tinggi dengan kepuasan kerja.


Download File

[img]
Preview
Text
IPSS 2014 3 - IR.pdf

Download (2MB) | Preview

Additional Metadata

Item Type: Thesis (Masters)
Subject: Elementary schools principal - Leadership
Subject: Teachers - Job satisfaction
Subject: School management and organization
Call Number: IPSS 2014 3
Chairman Supervisor: Prof. Madya Paramasivam A/L Muthusamy, PhD
Divisions: Institute for Social Science Studies
Depositing User: Ms. Nur Faseha Mohd Kadim
Date Deposited: 26 Nov 2019 07:57
Last Modified: 09 Jan 2020 08:06
URI: http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/76081
Statistic Details: View Download Statistic

Actions (login required)

View Item View Item