Citation
Kali Perumal, Raman
(2014)
Hubungan antara stail kepimpinan guru besar dengan tahap kepuasan kerja guru sekolah rendah jenis kebangsaan tamil.
Masters thesis, Universiti Putra Malaysia.
Abstract
Dalam satu kenyataan, JobStreet.com (2012) melaporkan ramai warga Malaysia
menyatakan tidak gembira untuk bekerja. Salah satu faktor utama yang dikenalpasti
adalah hubungan yang dingin dengan penyelia terdekat atau ketua masing-masing. Oleh
yang demikian, kajian ini akan mengenalpasti persepsi guru-guru terhadap stail
kepimpinan guru besar dan sejauhmana persepsi ini mempengaruhi kepuasan kerja guru
di Sekolah-sekolah Rendah Kebangsaan Tamil di daerah Jempol dan Jelebu , Negeri
Sembilan. Kajian ini hanya merujuk kepada empat pembolehubah kepimpinan iaitu
mengarah, berorentasikan kejayaan, menyokong dan berserta. Keempat-empat
pembolehubah diperolehi daripada Teori Path-Goal (House & Mitche1l, 1971).
Pembolehubah utama dalam kajian ini ialah tingkat kepuasan kerja guru sebagai
pembolehubah bersandar. Bagi dimensi kepuasan kerja terdapat tujuh kelompok item
iaitu faktor gaji, kenaikan pangkat, penyeliaan, ganjaran, pesekitaran kerja dan rakan
sekerja.
Dimensi-dimensi yang dipilih untuk mengukur kepuasan kerja adalah mengikut Teori
Dua Faktor Herzberg yang menerangkan faktor hygiene dan motivasi. Faktor intrinsik
(motivasi) yang terlibat dalam kajian ini usaha untuk mendapat kenaikan pangkat
manakala faktor ekstrinsik (hygiene) merangkumi faktor gaji, ganjaran, pesekitaran
tempat kerja, penyeliaan, komunikasi (interpersonal) dan sokongan rakan sekerja.
Kajian ini berbentuk kolerasi dimana ia menggunakan kaedah deskriptif dan inferensi
(kolerasi dan regresi).
Populasi kajian ini terdiri daripada guru-guru terlatih dan berjawatan tetap daripada 12
buah Sekolah Rendah Kebangsaan Tamil yang terpilih di daerah Jempol dan Jelebu ,
Negeri Sembilan.
Sejumlah 154 orang guru daripada 12 buah sekolah terpilih telah dijadikan sebagai
sampel kajian. Hasil kajian mendapati faktor rakan sekerja mencatat nilai purata yang
tertinggi (4.277) berbanding dengan faktor kepuasan kerja guru yang lain. Ini
bermaksud, pengaruh rakan sekerja mempunyai hubungan kuat dengan sikap rasa puas
hati guru. Nilai purata bagi kepuasan kerja adalah 3.983 iaitu berada pada tahap yang
tinggi. Ini bermaksud guru-guru disekolah Tamil daerah Jempol dan Jelebu amat
berpuas hati dengan gaya kepimpinan guru besar. Daripada 12 sekolah yang dikaji ,
didapati stail kepimpinan orientasi kejayaan yang paling banyak diamalkan oleh para
guru besar (M= 4.011). Nilai kolerasi (r) untuk gaya kepimpinan orientasi kejayaan
dengan faktor kepuasan dalam dimensi gaji adalah .273 dan ini menunjukkan bahawa
gaya kepimpinan orientasi kejayaan mempunyai perkaitan yang positif dan rendah.
Gaya kepimpinan menyokong mempunyai perkaitan yang signifikan dengan dimensi
kenaikan pangkat (r= .329, p<0.05).
Bagi gaya kepimpinan partisipatif, terdapat hubungan signifikan yang positif dan
sederhana dengan dimensi kepuasan kerja. Kenyataan ini boleh dibuktikan dengan nilai
kolerasi (r=.373). yang tertinggi berbanding dengan gaya kepimpinan yang lain. Juga
didapati nilai koefisien kolerasi ini berada pada aras p≤0.05. Hasil ujian ini
membuktikan terdapat faktor dominan iaitu gaya kepimpinan partisipatif yang
mempengaruhi kepuasan kerja dalam kalangan guru-guru sekolah Tamil di Jempol dan
Jelebu, Negeri Sembilan. Secara kesimpulan, hipotesis kelima diterima. Pembolehubah
ini memberi sumbangan hanya sebanyak 13.33% dalam menerangkan kepuasan kerja
sebagai pemboleubah bersandar. Ini juga bermaksud terdapat 86.67% faktor-faktor lain
yang dapat meramal kepuasan kerja. Nilai F= 24.667 dan Sif F=.000 membuktikan
model ramalan ini adalah fit.
Di peringkat teoritikal, kajian ini telah memperluaskan pemahaman terhadap kepuasan
kerja. Hasil kajian, di dapati kepimpinan partisipatif dapat membentuk tenaga pengajar
yang mempunyai kepuasan kerjayanya. Di peringkat praktikal, gaya kepimpinan
partisipatif yang dipimpin oleh guru besar dapat meningkatkan kompetensi kerja dalam
kumpulan. Pelbagai latihan untuk kepimpinan partisipatif perlu dijalankan
memandangkan pembolehubah ini adalah prediktor utama.
Berdasarkan kajian ini, seorang pengetua yang mengamalkan stail kepimpinan
partisipatif perlulah mengalakkan guru menggunakan tatacara kerja yang seragam,
mudah didekati dan mesra, memberi layanan seolah-olah semua guru adalah setaraf
dengannya, perlulah senang mencuba idea-idea baru bersama guru, menerima cadangancadangan
yang dikemukakan oleh guru untuk dilaksanakan dan beliau perlu memastikan sikapnya jelas difahami oleh guru. Guru besar disarankan menggunakan lebih banyak pendekatan hubungan kemanusiaan berbanding autokratik bagi meningkatkan komitmen dan motivasi guru-guru di samping membentuk pesekitaran kerja yang konduksif memandangkan faktor ini yang mempunyai nilai kolerasi yang tinggi dengan kepuasan kerja.
Download File
Additional Metadata
Item Type: |
Thesis
(Masters)
|
Subject: |
Elementary schools principal - Leadership |
Subject: |
Teachers - Job satisfaction |
Subject: |
School management and organization |
Call Number: |
IPSS 2014 3 |
Chairman Supervisor: |
Prof. Madya Paramasivam A/L Muthusamy, PhD |
Divisions: |
Institute for Social Science Studies |
Depositing User: |
Ms. Nur Faseha Mohd Kadim
|
Date Deposited: |
26 Nov 2019 07:57 |
Last Modified: |
09 Jan 2020 08:06 |
URI: |
http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/76081 |
Statistic Details: |
View Download Statistic |
Actions (login required)
|
View Item |