UPM Institutional Repository

Program Pelancongan Pelajar Pupuk Kesedaran Industri Pelancongan Negara


Citation

Universiti Putra Malaysia, Bahagian Komunikasi Korporat (2010) Program Pelancongan Pelajar Pupuk Kesedaran Industri Pelancongan Negara. [UPM News]

Abstract

SERDANG, 29 November - Program Pelancongan Pelajar (3P) mampu memupuk kesedaran dan kepentingan generasi muda terhadap industri pelancongan negara. Menteri Pelancongan, Dato’ Seri Dr. Ng Yen Yen berkata program itu diharapkan memberi peluang kepada pelajar untuk mengenali tempat pelancongan dalam negara serta meningkatkan integrasi kaum di kalangan generasi muda. “Program ini memberi pendedahan kepada pelajar mengenai pembangunan kerjaya untuk menceburi sektor pelancongan serta membantu pelajar berpengetahuan dengan menerapkan konsep ‘Think Tourism, Act Tourism,” katanya pada majlis pelancaran Karnival Program Pelancongan Pelajar (3P) anjuran Kementerian Pelancongan dan Universiti Putra Malaysia (UPM). Sementara itu, Naib Canselor UPM, Prof. Tan Sri Datuk Dr. Nik Mustapha R. Abdullah berkata konsep pendidikan menerusi aktiviti pelancongan merupakan kaedah yang boleh digunakan oleh universiti untuk menarik minat pelajar meneruskan pengajian ke tahap lebih tinggi. “Sebagai ‘universiti angkat’ kepada Kementerian Pelancongan, saya berharap para pelajar memperoleh pengetahuan dan pengalaman suasana pembelajaran di universiti serta mempelajari kepentingan sektor edu-tourism dalam pembangunan negara,” katanya. Program 3P yang berkonsepkan ‘1Malaysia Green, 1Malaysia Clean’ akan mengadakan aktiviti gotong royong bagi memupuk kesedaran pelajar tentang keperluan menjaga kelestarian alam sekitar dan kebersihan di tempat pelancongan. Seramai 320 orang pelajar dari Kelab Pelancongan Pelajar di seluruh negara yang ‘berkampung’ selama empat hari di UPM akan mengikuti pelbagai aktiviti antaranya seminar, ceramah, kuiz serta lawatan sambil belajar ke I-City, iaitu destinasi pelancongan terbaru di Shah Alam.


Download File

[img]
Preview
PDF
Program_pelancongan.pdf

Download (80kB)

Additional Metadata

Item Type: UPM News
Depositing User: Fazlin Hj. Shamsudin
Date Deposited: 28 Jul 2010 08:38
Last Modified: 27 May 2013 07:35
URI: http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/7594
Statistic Details: View Download Statistic

Actions (login required)

View Item View Item