UPM Institutional Repository

Memahami makna kualiti perkahwinan Melayu dari perspektif pakar di Malaysia


Citation

Mohd Fadil, Fadhullah (2017) Memahami makna kualiti perkahwinan Melayu dari perspektif pakar di Malaysia. Masters thesis, Universiti Putra Malaysia.

Abstract

Kajian ini bertujuan untuk memahami pandangan individu Melayu Muslim di Malaysia berkaitan kualiti perkahwinan dan meneliti indikator-indikator kualiti perkahwinan dalam kehidupan seharian mereka. Kajian seumpama ini adalah penting bagi memahami indikator yang mempengaruhi kualiti perkahwinan yang berjaya kerana kemerosotan dan keruntuhan institusi perkahwinan kini semakin meningkat dan membawa kepada masalah dalam perkahwinan seterusnya mengakibatkan perceraian. Kajian ini menggunakan pendekatan kualitatif untuk mendapatkan data dimana, seramai lapan orang pakar terdiri daripada ahli agama dan akademik telah dipilih untuk di temubual. Temubual dijalankan dengan menggunakan temubual separa struktur. Setiap temubual yang dijalankan telah dirakam, ditulis dan dianalisis mengikut tema yang direncanakan. Kaedah jejak audit dan semakan rakan telah digunakan dalam meningkatkan kebolehpercayaan dan kesahan data kajian. Hasil dapatan menunjukkan, pakar melihat kualiti perkahwinan ini dari definisi yang berbeza melalui kepakaran dan pengalaman masing masing. Indikator-indikator yang berkaitan dengan hubungan interpersonal, intrapersonal, keagamaan, tanggungjawab dan seksualiti telah dibincangkan dengan kritikal. Kesemua pakar bersetuju bahawa indikator kepercayaan (Amalan agama) adalah paling penting dalam menunjukkan kualiti perkahwinan melalui perjalanan perkahwinan mereka. Mereka melihat amalan keagamaan seperti solat berjemaah dan makan bersama adalah penting dalam memelihara perkahwinan yang baik. Dapatan kajian menunjukkan bahawa konsep kualiti perkahwinan boleh menjadi multidimensi di mana keagamaan adalah indikator teras. Kesimpulannya hasil kajian ini memberikan pemahaman yang mendalam tentang kualiti perkahwinan, indikator-indikator utama yang lain termasuklah personaliti (Sikap dan nilai); tanggungjawab (Pengurusan keluarga); komunikasi (Interaksi kasih sayang dan keintiman); hubungan kekeluargaan (Kemasyarakatan).


Download File

[img]
Preview
Text
FEM 2017 31 IR.pdf

Download (1MB) | Preview

Additional Metadata

Item Type: Thesis (Masters)
Subject: Malays (Asian people) - Marriage customs and rites - Malaysia
Call Number: FEM 2017 31
Chairman Supervisor: Profesor Madya Rumaya Juhari, PhD
Divisions: Faculty of Human Ecology
Depositing User: Mas Norain Hashim
Date Deposited: 20 Nov 2019 06:56
Last Modified: 20 Nov 2019 06:56
URI: http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/75880
Statistic Details: View Download Statistic

Actions (login required)

View Item View Item