Citation
Mohd Fadil, Fadhullah
(2017)
Memahami makna kualiti perkahwinan Melayu dari perspektif pakar di Malaysia.
Masters thesis, Universiti Putra Malaysia.
Abstract
Kajian ini bertujuan untuk memahami pandangan individu Melayu Muslim di
Malaysia berkaitan kualiti perkahwinan dan meneliti indikator-indikator kualiti
perkahwinan dalam kehidupan seharian mereka. Kajian seumpama ini
adalah penting bagi memahami indikator yang mempengaruhi kualiti
perkahwinan yang berjaya kerana kemerosotan dan keruntuhan institusi
perkahwinan kini semakin meningkat dan membawa kepada masalah dalam perkahwinan seterusnya mengakibatkan perceraian. Kajian ini menggunakan pendekatan kualitatif untuk mendapatkan data dimana, seramai lapan orang pakar terdiri daripada ahli agama dan akademik telah dipilih untuk di temubual. Temubual dijalankan dengan menggunakan temubual separa struktur. Setiap temubual yang dijalankan telah dirakam, ditulis dan dianalisis mengikut tema yang direncanakan. Kaedah jejak audit dan semakan rakan telah digunakan dalam meningkatkan kebolehpercayaan dan kesahan data kajian. Hasil dapatan menunjukkan, pakar melihat kualiti perkahwinan ini dari
definisi yang berbeza melalui kepakaran dan pengalaman masing masing. Indikator-indikator yang berkaitan dengan hubungan interpersonal,
intrapersonal, keagamaan, tanggungjawab dan seksualiti telah dibincangkan dengan kritikal. Kesemua pakar bersetuju bahawa indikator kepercayaan (Amalan agama) adalah paling penting dalam menunjukkan kualiti
perkahwinan melalui perjalanan perkahwinan mereka. Mereka melihat amalan keagamaan seperti solat berjemaah dan makan bersama adalah penting dalam memelihara perkahwinan yang baik. Dapatan kajian menunjukkan bahawa konsep kualiti perkahwinan boleh menjadi multidimensi
di mana keagamaan adalah indikator teras. Kesimpulannya hasil
kajian ini memberikan pemahaman yang mendalam tentang kualiti
perkahwinan, indikator-indikator utama yang lain termasuklah personaliti
(Sikap dan nilai); tanggungjawab (Pengurusan keluarga); komunikasi
(Interaksi kasih sayang dan keintiman); hubungan kekeluargaan
(Kemasyarakatan).
Download File
Additional Metadata
Actions (login required)
|
View Item |