UPM Institutional Repository

Paralinguistik dalam pemerolehan bahasa kanak-kanak


Citation

Zulkeflli, Nur Nadirah (2016) Paralinguistik dalam pemerolehan bahasa kanak-kanak. Masters thesis, Universiti Putra Malaysia.

Abstract

Penyelidikan ini bertujuan untuk mengenal pasti dan menganalisis unsur paralinguistik dalam perkembangan komunikasi kanak-kanak. Objektif utama bagi kajian ini adalah untuk mengenal pasti hubungan antara paralinguistik yang kerap digunakan oleh kanak-kanak dengan perkembangan pemerolehan bahasa mereka dan untuk menghuraikan ciri paralinguistik yang kerap digunakan oleh kanak-kanak dalam berkomunikasi serta menganalisis faktor yang mendorong seseorang kanak-kanak itu untuk menggunakan paralinguistik apabila berkomunikasi. Penyelidikan ini berlandaskan Teori Jean Piaget (1896-1980) dan teori paralinguistik yang diperkenalkan oleh Bloch dan Trager (1942). Menurut Bloch dan Trager, paralinguistik merupakan kajian tentang penggunaan suara atau vokalisasi, iaitu memperbesar dan mengecilkan suara dan juga menyatakan bahawa paralinguistik menjadi batasan antara interaksi verbal dengan nonverbal. Penyelidik menggunakan kaedah pemerhatian, dan juga temu bual untuk melihat proses pemerolehan bahasa dalam kalangan kanak-kanak berdasarkan unsur paralinguistik. Penyelidikan ini telah dijalankan di sebuah taska universal pintar yang terletak di Serdang. Penyelidik menggunakan alatan kajian seperti kad imbas abjad, binatang dan anggota tubuh badan untuk menganalisis paralinguistik dan juga pemerolehan bahasa kanak-kanak. Sampel bagi kajian ini ialah sepuluh orang kanak-kanak yang berusia dalam lingkungan satu hingga lima tahun. Penganalisisan data bagi kajian ini akan dilakukan secara kualitatif dan kuantitatif . Kajian ini hanya terbatas kepada objektif yang ingin dikaji, iaitu tentang paralinguistik dalam bahasa pemerolehan bahasa kanak-kanak dan juga turut memperlihatkan sejauh mana seseorang kanak-kanak menggunakan bahasa gerak geri sewaktu berkomunikasi.hasil daripada dapatan kajian mendapati kanak-kanak lebih selesa untuk menggunakan bahasa badan sewaktu berkomunikasi dan kekerapan bahasa badan yang digunakan bergantung kepada faktor yang ada disekeliling mereka.


Download File

[img]
Preview
Text
FBMK 2017 76 IR.pdf

Download (365kB) | Preview

Additional Metadata

Item Type: Thesis (Masters)
Subject: Children - Language
Subject: Paralinguistics
Subject: Oral communication
Call Number: FBMK 2017 76
Chairman Supervisor: Prof. Madya Vijayaletchumy Subramaniam, PhD
Divisions: Faculty of Modern Language and Communication
Depositing User: Mas Norain Hashim
Date Deposited: 27 Nov 2019 00:28
Last Modified: 27 Nov 2019 00:28
URI: http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/75824
Statistic Details: View Download Statistic

Actions (login required)

View Item View Item