Citation
Zakeria, Siti Zuhaidah
(2015)
Gaya penyampaian cerita rakyat Melayu terpilih dalam majalah Dewan Pelajar.
Masters thesis, Universiti Putra Malaysia.
Abstract
Penyelidikan ini membincangkan tentang gaya penyampaian cerita rakyat Melayu terpilih untuk kanak-kanak yang tersiar dalam majalah Dewan Pelajar terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka. Pemilihan judul ini difikirkan sangat penting memandangkan terdapat varia permasalahan yang telah pun dikesan dalam penulisan buku sastera kanak-kanak. Rata-ratanya berkisar tentang kandungan buku (isi dan plot), bahasa dan persembahan penulisan yang masih belum memperlihatkan kemantapannya. Meskipun, ada di antara penulis buku kanak-kanak yang sudah berjaya menyelongkar tema yang menarik seiring dengan globalisasi teknologi kini, sayangnya, terkorban begitu sahaja dek kerana kekurangan yang ada pada penulis itu sendiri. Di antara lambakan penulis buku kanak-kanak di negara ini masih ada yang belum menguasai teknik penulisan dengan baik. Bahkan, apa yang merisaukan adalah golongan ini belum benar-benar memahami dan menyelami alam fikiran juga jiwa kanak-kanak. Padahal, ilmu pengetahuan psikologi audiens (kanak-kanak) harusnya sudah sebati dalam diri penulis buku kanak-kanak. Oleh itu, satu kajian yang tuntas perlu dicermati dengan harapan dapat mencipta satu modul sebagai panduan dalam penulisan bahan bacaan sastera untuk kanak-kanak. Objektif kajian ini ialah untuk mengenal pasti dan menganalisis gaya penyampaian cerita rakyat kanak-kanak dalam Dewan Pelajar terbitan DBP. Korpus yang digunakan untuk penyelidikan ini adalah cerita rakyat (Malaysia) yang disiarkan dalam majalah Dewan Pelajar, yang merupakan satu wadah sampingan untuk bacaan kanak-kanak. Penganalisisan data kajian ini dilakukan secara kualitatif iaitu analisis teks di samping penerapan Teori Psikologi Perkembangan Kanak-kanak sebagai kayu ukur dalam kajian gaya penulisan ini.
Download File
Additional Metadata
Actions (login required)
|
View Item |