UPM Institutional Repository

Faktor yang mempengaruhi niat menggunakan perkhidmatan kaunseling dalam kalangan penjawat awam di Putrajaya, Malaysia


Citation

Chong, Han Xi (2018) Faktor yang mempengaruhi niat menggunakan perkhidmatan kaunseling dalam kalangan penjawat awam di Putrajaya, Malaysia. Masters thesis, Universiti Putra Malaysia.

Abstract

Isu kesihatan mental telah tersebar luas di seluruh dunia, dan salah satu cara untuk mengatasi masalah ini adalah melalui penggunaan perkhidmatan kaunseling. Penjawat awam Malaysia telah dilaporkan sebagai antara kumpulan yang banyak menghadapi tekanan. Walau bagaimanapun, kadar penggunaan perkhidmatan kaunseling dalam kalangan penjawat awam masih rendah. Ianya memberi gambaran bahawa individu yang menghadapi masalah tekanan tidak memperlihatkan penggunaan perkhidmatan kaunseling sebagai satu jalan penyelesaian. Tujuan kajian ini adalah untuk mengenal pasti faktor-faktor yang mempengaruhi niat menggunakan perkhidmatan kaunseling dalam kalangan penjawat awam di Putrajaya. Terdapat lima objektif dalam kajian ini: 1) Mengenal pasti hubungan antara kesedaran dan sikap penjawat awam di Putrajaya dalam menggunakan perkhidmatan kaunseling; 2) Mengenal pasti hubungan antara sikap, norma subjektif, persepsi kawalan tingkah laku dan kesedaran terhadap niat menggunakan perkhidmatan kaunseling dalam kalangan penjawat awam di Putrajaya; 3) Menentukan samada faktor sikap, norma subjektif, persepsi kawalan tingkah laku dan kesedaran mempengaruhi niat menggunakan perkhidmatan kaunseling dalam kalangan penjawat awam di Putrajaya; 4) Mengukur kesan moderator kecenderungan mempercayai terhadap hubungan antara norma subjektif dengan niat menggunakan perkhidmatan kaunseling dalam kalangan penjawat awam di Putrajaya; 5) Mengkaji kesan mediator sikap penjawat awam terhadap hubungan antara kesedaran penjawat awam dan niat menggunakan perkhidmatan kaunseling dalam kalangan penjawat awam di Putrajaya.Sampel kajian terdiri daripada 396 orang penjawat awam yang mewakili empat buah kementerian di Putrajaya iaitu Kementerian Pendidikan Tinggi, Kementerian Pendidikan Malaysia, Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia dan Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat. Kajian ini berbentuk tinjauan dan teknik persampelan rawak mudah digunakan dalam memilih sampel kajian. Data dikumpul dengan menggunakan borang soal selidik yang diisi oleh responden. Dapatan kajian menunjukkan bahawa faktor kesedaran dan sikap mempunyai hubungan yang positif. Faktor seperti sikap, norma subjektif, persepsi kawalan tingkah laku dan kesedaran adalah positif terhadap niat menggunakan perkhidmatan kaunseling dalam kalangan penjawat awam. Analisis regrasi pelbagai menunjukkan sikap, persepsi kawalan tingkah laku dan kesedaran merupakan faktor yang mempengaruhi niat menggunakan perkhidmatan kaunseling dalam kalangan penjawat awam di Putrajaya. Tambahan pula, terdapat kesan mediator sikap yang signifikan terhadap hubungan antara kesedaran dan niat menggunakan perkhidmatan kaunseling. Walau bagaimanapun, kesan moderator kecenderungan mempercayai dalam hubungan antara norma subjektif dan niat adalah tidak signifikan. Hasil dapatan kajian ini dapat dimanfaatkan oleh pelbagai pihak termasuklah penjawat awam, pihak kaunselor, pihak kerajaan berkaitan seperti Unit Psikologi dan Kaunseling. Melalui kajian ini, faktor-faktor niat menggunakan perkhidmatan kaunseling dalam kalangan penjawat awam dapat dikenalpasti secara terperinci seterusnya dapat memberi panduan dalam menggalakkan penggunaan perkhidmatan kaunseling dalam kalangan penjawat awam.


Download File

[img]
Preview
Text
FEM 2018 18 IR.pdf

Download (667kB) | Preview

Additional Metadata

Item Type: Thesis (Masters)
Subject: Employees - Counseling of
Subject: Mental health counseling
Call Number: FEM 2018 18
Chairman Supervisor: Profesor Ahmad Hariza bin Hashim, PhD
Divisions: Faculty of Human Ecology
Depositing User: Mas Norain Hashim
Date Deposited: 27 Nov 2019 00:41
Last Modified: 27 Nov 2019 00:41
URI: http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/75742
Statistic Details: View Download Statistic

Actions (login required)

View Item View Item