UPM Institutional Repository

Faktor pengetahuan dan sikap yang mempengaruhi tingkahlaku pembaziran penggunaan air, elektrik dan makanan dalam kalangan pengguna bandar di Semenanjung Malaysia


Citation

Shukor, Nurul Faizah and Md Jusoh, Zuroni and Osman, Syuhaily and Mat Salleh, Roslina (2015) Faktor pengetahuan dan sikap yang mempengaruhi tingkahlaku pembaziran penggunaan air, elektrik dan makanan dalam kalangan pengguna bandar di Semenanjung Malaysia. In: 19th MACFEA National Seminar 2015 (MACFEA2015), 19-20 Nov. 2015, Palm Garden Hotel, IOI Resort City, Putrajaya, Malaysia. (pp. 756-763).

Abstract

Pembaziran penggunaan sumber air, elektrik dan makanan adalah pembaziran yang berlaku tanpa kita sedari. Masalah pembaziran penggunaan sumber air, elektrik dan makanan ini biasanya berlaku dalam kalangan pengguna yang tinggal di kawasan bandar-bandar utama. Kajian ini kajian yang dilakukan dalam kalangan pengguna yang tinggal di kawasan bandar-bandar utama Semenanjung Malaysia. Seramai 480 responden telah telibat didalam kajian ini. Borang kaji selidik telah di edarkan kepada responden yang terpilih untuk mendapatkan data berkaitan latar belakang dan berkaitan faktor yang mempengaruhi pengetahuan dan sikap responden terhadap tingkahlaku pembaziran penggunaan air, elektrik dan makanan. Bandar utama yang terpilih untuk lokasi kajian adalah bandar Kuala Terengganu, Alor Star, Johor Baharu, dan Shah Alam yang merupakan empat zon utama di Semenanjung Malaysia. Data kajian yang di peroleh telah dianalisis menggunakan analisis deskriptif bagi bahagian latar belakang responden, analisis Korelasi Pearson bagi melihat perkaitan antara sikap dan pengetahuan terhadap tingklahlaku responden dan analisis regrasi berganda (Stepwise) untuk melihat faktor yang mempengaruhi tingkahlaku pengguna terhadap pembaziran penggunaan sumber air, elektrik dan makanan. Hasil kajian mendapati bahawa kedua-dua faktor pengetahuan dan sikap adalah penyumbang kepada masalah tingkahlaku pembaziran penggunaan sumber air, elektrik dan makanan dengan nilai p bagi kedua-dua faktor pengethuan dan sikap adalah ≤ 0.01. Hasil kajian juga menunjukan bahawa faktor sikap adalah faktor paling kuat menyumbang kepada masalah tingkahlaku pembaziran penggunaan sumber air, elektrik dan makanan dengan nilai (r = 0.645**, p = 0.000) berbanding pengetahuan (r = 0.512**, p 0.000). Nilai bagi model regrasi pelbagai Adjusted R Square bagi fakror pengetahaun pula adalah .414 dan faktor sikap adalah 4.31. Angaran pekali regrasi bagi sikap adalah beta (β = 0.536, p = 0.000) berbanding nilai beta bagi pengetahuan hanya (β = 0.172, p = 0.000).


Download File

[img] Text
MACFEA2015-5.pdf
Restricted to Repository staff only

Download (112kB)

Additional Metadata

Item Type: Conference or Workshop Item (Paper)
Divisions: Faculty of Human Ecology
Keywords: Wastage; Behavior; Knowledge; Attitude
Depositing User: Nabilah Mustapa
Date Deposited: 12 Nov 2019 02:42
Last Modified: 12 Nov 2019 02:42
URI: http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/75659
Statistic Details: View Download Statistic

Actions (login required)

View Item View Item