UPM Institutional Repository

Hubungan dasar dengan manifestasi penerbitan dalam novel popular terpilih


Citation

Md Arifin, Nursuhada (2017) Hubungan dasar dengan manifestasi penerbitan dalam novel popular terpilih. Masters thesis, Universiti Putra Malaysia.

Abstract

Kajian ini bertitik tolak daripada permasalahan yang berlegar soal perlunya untuk diusahakan satu kajian ilmiah bagi meneliti novel-novel terbitan Galeri Ilmu Sdn. Bhd. dan PTS Sdn. Bhd. antara tahun 2010 hingga 2014, selain membandingkan novel-novel terbitan kedua-dua syarikat penerbitan tersebut. Dengan permasalahan ini, kajian ini menetapkan tiga objektif, iaitu meneliti dasar-dasar penerbitan Galeri Ilmu Sdn. Bhd. dan PTS Sdn. Bhd., menganalisis isi kandungan novel-novel terbitan Galeri Ilmu Sdn. Bhd. dan PTS Sdn. Bhd., dan membandingkan antara Galeri Ilmu Sdn. Bhd. dengan PTS Sdn. Bhd., dari segi dasar penerbitan dan manifestasinya dalam novel-novel yang dikaji. Bagi merealisasikan tiga objektif tersebut, kajian ini menerapkan Sosiologi Sastera yang falsafah serta prinsipnya, melahirkan “Kaedah Integrasi dalam Kajian Sastera”. “Kaedah Integrasi dalam Kajian Sastera” ini menggariskan aspek Dimensi Seni dan aspek Dimensi Sosial yang dianggap melingkungi penghasilan teks sastera. Dengan meneliti kedua-dua aspek tersebut, kajian ini memilih 4 buah novel; 2 terbitan terbitan Galeri Ilmu Sdn. Bhd., iaitu Relasi (2013) karya Hilal Asyraf, dan Tuhan Lebih Saintifik (2013) karya Farhan Hadi, manakala 2 lagi terbitan PTS Sdn. Bhd., iaitu Syahadah Gadis Ateis (2010) karya Imran Haaz dan Hantaran Kasih Tuhan (2014) karya Noorfadzillah Omar. Hasil analisis mendapati Galeri Ilmu Sdn. Bhd. menggariskan dasar penerbitan yang dirujuk sebagai garis panduan penerbitan “Novel Tarbiah”, manakala PTS Sdn. Bhd. pula menggariskan dasar penerbitan yang dirujuk sebagai “Teknik Surah Yusuf”. Hasil analisis juga mendapati novel-novel yang dikaji rata-rata menyerlahkan kemantapannya sebagai sebuah cerita, sebagaimana yang terserlah pada manipulasi alat-alat penceritaan seperti tema, pengajaran, watak dan perwatakan, plot dan latar. Begitu juga aspek Dimensi Seni dan aspek Dimensi Sosial yang didapati saling memainkan peranan penting dalam penghasilan serta penghayatan novel-novel popular terbitan kedua-dua syarikat. Secara perbandingan, dan keseluruhannya, baik Galeri Ilmu Sdn. Bhd. mahupun PTS Sdn. Bhd., masing-masing mempunyai dasar penerbitan dengan kriteria-kriteria penerbitan yang jelas, sejajar dengan visi dan prinsip penerbitan kedua-dua syarikat, serta dimanifestasikan pula dalam novel-novel popular terbitan kedua-dua syarikat. Penemuan-penemuan ini diharap dapat sekurang-kurangnya menyumbang dalam memperkayakan lagi korpus penyelidikan ilmiah khususnya berkaitan novel-novel popular.


Download File

[img]
Preview
Text
FBMK 2018 58 IR.pdf

Download (1MB) | Preview

Additional Metadata

Item Type: Thesis (Masters)
Subject: Sociology - Literary collections
Subject: Literature publishing
Call Number: FBMK 2018 58
Chairman Supervisor: Mohd. Zariat bin Abdul Rani, PhD
Divisions: Faculty of Modern Language and Communication
Depositing User: Mas Norain Hashim
Date Deposited: 27 Nov 2019 01:54
Last Modified: 27 Nov 2019 01:54
URI: http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/75574
Statistic Details: View Download Statistic

Actions (login required)

View Item View Item