UPM Institutional Repository

Budaya masyarakat Tamil dalam sajak Bharatiyar


Citation

Mazhubalan, Umma (2018) Budaya masyarakat Tamil dalam sajak Bharatiyar. Masters thesis, Universiti Putra Malaysia.

Abstract

Kajian ini bertujuan untuk mengkaji budaya masyarakat Tamil dalam sajak Bharatiyar. Walaupun banyak kajian yang berasaskan budaya telah dikaji sebelum ini, tetapi kajian ini merupakan kajian pertama yang mengkaji budaya terutama dalam sajak Bharatiyar. Kajian ini bertujuan mengenal pasti, mengklasifikasikan dan menganalisis budaya dalam sajak Bharatiyar seterusnya menghuraikan budaya tersebut dengan karya. Sebanyak 80 sajak Bharatiyar dipilih sebagai alat kajian utama. Kajian ini berpandukan kepada kaedah kajian perpustakaan, kaedah analisis teks membantu pengkaji mendapatkan sumber maklumat kajian ini. Bertitik tolak daripada pendapat Seeni Naina (2011), kajian ini dijalankan untuk memperlihatkan unsur-unsur budaya bagi masyarakat yang mengamalkan budaya kerana pengekalan budaya dan penyebaran budaya sangat penting untuk mewariskan budaya tersebut kepada generasi muda. Data-data yang dikumpul, diatur mengikut kategori secara teliti dengan menggunakan teori sosiologi sastera dan Model Pencerminan Lukacs (1972). Pembuktian teori ini dibuat bersesuaian dengan pokok persoalan kajian yang ditetapkan. Penemuan yang diperolehi, dianalisis dan dikemukakan sebagai kesimpulan. Dapatan kajian dapat memperlihatkan unsur-unsur budaya normatif, budaya ekspresif, dan budaya kebendaan. Selain itu, penemuan kajian ke budaya masyarakat Tamil dalam sajak Bharatiyar dapat dijadikan panduan kepada generasi akan datang dan dan memberi impak kepada penulis, penyair tempatan untuk menghasilkan karya kreatif.


Download File

[img]
Preview
Text
FBMK 2018 54 IR.pdf

Download (579kB) | Preview

Additional Metadata

Item Type: Thesis (Masters)
Subject: Paratiyar, 1882-1921
Subject: Tamil (Indic people)
Call Number: FBMK 2018 54
Chairman Supervisor: Paramasivam Muthuswamy
Divisions: Faculty of Modern Language and Communication
Depositing User: Mas Norain Hashim
Date Deposited: 27 Nov 2019 03:46
Last Modified: 27 Nov 2019 03:46
URI: http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/75556
Statistic Details: View Download Statistic

Actions (login required)

View Item View Item