UPM Institutional Repository

Pemahaman bacaan bahan Bahasa Melayu dalam kalangan remaja


Citation

A. Rahman, Azlinda (2018) Pemahaman bacaan bahan Bahasa Melayu dalam kalangan remaja. Doctoral thesis, Universiti Putra Malaysia.

Abstract

Kajian ini bertujuan untuk meneliti strategi pemahaman membaca bahan bahasa Melayu dalam kalangan kumpulan remaja. Dalam kajian ini, pengkaji mengkaji 60 orang remaja di Sekolah Menengah Kebangsaan (Model Khas) Batu Kikir, Negeri Sembilan, Malaysia. Mereka ialah pelajar tingkatan 1, 2 dan 3. Kaedah eksperimen ujian pra dan pasca ditadbir ke atas ketiga-tiga kumpulan remaja. Kriteria keberhasilan kemampuan memahami teks semua kumpulan remaja (13, 14 dan 15 tahun) meningkat selepas mengikuti pembelajaran yang menerapkan strategi meta kognitif PQ4R. Analisis aras kognitif menunjukkan bahawa soalan yang banyak dijawab dengan betul ialah soalan tahap literal, dengan sumber jawapan yang jelas diperoleh daripada teks. Soalan ini hanya memerlukan pembaca mengecam-mengingat maklumat dalam teks.Sebanyak 2 kategori soalan sukar dijawab oleh semua kumpulan remaja. Kategori pertama ialah soalan tahap inferens yang melibatkan keperluan untuk berfikir dan mencari maklumat di luar kandungan teks. Kategori kedua ialah soalan interpretasi dengan yang melibatkan pandangan serta alasan yang wajar berhubung isu yang dibangkitkan.Kajian ini menerangkan juga pemilihan langkah-langkah strategi PQ4R dalam pemahaman membaca dalam kalangan subjek kajian. Selepas aplikasi strategi PQ4R, secara purata, pengkaji mendapati bahawa peratus penggunaan langkah-langkah strategi meta kognitif adalah dalam lingkungan 71% - 85%. Tahap keaktifan pemahaman membaca semua kumpulan remaja ditentukan berdasarkan pemerhatian guru Bahasa Malaysia di sekolah, tempat kajian dijalankan. Secara umum, tahap keaktifan pemahaman membaca kumpulan remaja menurutklasifikasi standard pelaksanaan strategi meta kognitif PQ4Radalah tinggi berbanding dengan kaedah konvensional. Inventori kesedaran meta kognitif direka sebagai alat untuk membantu pengkaji mengesan penggunaan meta kognitif dalam kalangan remaja semasa membaca. Secara keseluruhan, tafsiran skor daripada ketiga-tiga kumpulan menunjukkan bahawa mereka memilih strategi Penyelesaian Masalah. Pemilihan ini sesuai dengan matlamat sebenar strategi pemahaman membaca yang pada akhirnya bergerak ke tahap penyelesaian masalah secara sedar.


Download File

[img]
Preview
Text
FBMK 2018 47 IR.pdf

Download (2MB) | Preview

Additional Metadata

Item Type: Thesis (Doctoral)
Subject: Reading comprehension
Subject: Malay language
Subject: Reading
Call Number: FBMK 2018 47
Chairman Supervisor: Profesor Madya Noor Aina Dani, PhD
Divisions: Faculty of Modern Language and Communication
Depositing User: Mas Norain Hashim
Date Deposited: 22 Nov 2019 01:03
Last Modified: 22 Nov 2019 01:03
URI: http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/75548
Statistic Details: View Download Statistic

Actions (login required)

View Item View Item