UPM Institutional Repository

Status kelestarian bahasa minoriti Kentaq


Citation

Salleh, Noor Saadah (2017) Status kelestarian bahasa minoriti Kentaq. Doctoral thesis, Universiti Putra Malaysia.

Abstract

Isu berkaitan kepupusan bahasa minoriti merupakan perkara yang sangat membimbangkan dan perlu dikawal dengan sebaiknya. Bahasa Kentaq yang dipertuturkan oleh orang Asli Kentaq juga tidak terkecuali dari permasalahan ini. Dengan jumlah penutur seramai 212 orang sahaja (JAKOA Perak, 2015). Bahasa ini secara dasar mempunyai potensi kepupusan kerana memiliki jumlah penutur yang begitu kecil sekali. Berdasarkan hakikat ini, pengkaji akan menjelaskan dan merumuskan status bahasa ini dengan membuat penelitian terhadap aspek linguistik dan pilihan bahasa masyarakat. Pengkaji telah menggunakan pendekatan sosiolinguistik bagi menjawab objektif kajian iaitu menjelaskan hubungan linguistik antara bahasa Kentaq dengan bahasa Melayu, menghuraikan tipologi keterancaman Bahasa Kentaq dan merumuskan kelestarian bahasa Kentaq berdasarkan domain penggunaan bahasa. Kerangka teori yang digunakan bagi mendukung kajian ini adalah melibatkan analisis linguistik kontak, Model Teorikal Kematian Bahasa Sasse (1992) dan Kerangka Tipologi Bahasa Minoriti Edward (1992) serta Teori Fishman (1991) dan Tahap Keterancaman Bahasa Berdasarkan Kehilangan Domain menurut Berzinger et al. (2003). Sampel kajian adalah melibatkan 61 orang responden yang berumur antara 6 hingga 70 tahun yang telah dipilih berdasarkan kaedah persampelan bertujuan dan bola salji. Hasil daripada kajian ini menunjukkan terdapat pengembangan bahasa yang wujud akibat daripada kontak bahasa. Berdasarkan data bahasa yang dianalisis menerusi senarai Swadesh telah menunjukkan bahawa bahasa Kentaq mula menerima serapan daripada bahasa Melayu dan mula berevolusi. Berdasarkan analisis ciri tipologi keterancaman bahasa Edward (1992) keadaan ini jelas menunjukan bahawa bahasa Kentaq ini masih mampu bertahan dan terus lestari kerana masih menjadi bahasa utama dalam kalangan masyarakatnya. Seterusnya berdasarkan Teori Fishman (1991) dan Tahap Keterancaman Bahasa Berdasarkan Domain menurut Brenzinger et al. (2003) telah menunjukkan bahawa status bahasa Kentaq masih lestari kerana bahasa ini berada pada Gred 4 iaitu kesetaraan multilingual di mana bahasa ini masih digunakan dalam kebanyakan fungsi domain sosial.


Download File

[img]
Preview
Text
FBMK 2018 41 IR.pdf

Download (747kB) | Preview

Additional Metadata

Item Type: Thesis (Doctoral)
Subject: Language and languages
Subject: Minorities - Language
Subject: Senoic languages
Call Number: FBMK 2018 41
Chairman Supervisor: Profesor Madya Mohd Sharifudin bin Yusop, PhD
Divisions: Faculty of Modern Language and Communication
Depositing User: Mas Norain Hashim
Date Deposited: 22 Nov 2019 00:48
Last Modified: 22 Nov 2019 00:48
URI: http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/75532
Statistic Details: View Download Statistic

Actions (login required)

View Item View Item