Citation
Mohd Sarji, Kasmaizun Enuni
(2018)
Unsur alam dalam kumpulan cerpen pilihan Siti Zainon Ismail.
Doctoral thesis, Universiti Putra Malaysia.
Abstract
Alam memberi banyak kegunaan dan fungsinya kepada manusia di muka bumi. Bagi
diri pengarang, alam ditafsirkan berdasarkan kreativiti tersendiri untuk menyampaikan
makna yang dapat memberikan panduan dan pengajaran kepada manusia. Justeru,
kajian ini menganalisis kumpulan cerpen pilihan Siti Zainon Ismail untuk melihat
unsur alam yang terdapat di dalamnya. Tumpuan diberikan kepada unsur alam flora,
fauna, air, tanah dan cakerawala. Kajian ini berfokus kepada tiga kumpulan cerpen iaitu
kumpulan cerpen Jurai Palma (2001), Piazza Di Spagna (2005) dan Rindu Pala Muda
(2006). Tiga objektif kajian adalah pertama, mengenalpasti unsur alam dalam
kumpulan cerpen pilihan Siti Zainon Ismail. Kedua, menganalisis makna unsur alam
dalam kumpulan cerpen pilihan Siti Zainon Ismail. Ketiga, merumuskan kepengaruhan
berdasarkan pengungkapan unsur alam dalam kumpulan cerpen pilihan Siti Zainon
Ismail. Teori yang digunakan untuk melengkapkan kajian ini ialah teori Konseptual
Kata Kunci manakala kaedah kajian yang digunakan ialah kaedah kepustakaan dan
analisis teks. Kajian ini telah mencapai objektifnya dengan penemuan unsur alam flora,
fauna, air, tanah dan cakerawala. Alam flora yang ditemui ialah sebanyak lapan unsur
iaitu pohon, daun, duri, pucuk, akar, benih, buah dan bunga manakala alam fauna yang
ditemui pula ialah sebanyak lapan unsur iaitu burung, ikan, angsa, kupu-kupu/ramarama,
labah-labah, sapi, unta dan kuda. Seterusnya, alam air pula telah menemui empat
unsur iaitu laut, sungai, ombak dan hujan manakala alam tanah pula ditemui sebanyak
tiga unsur iaitu, pulau, bukit dan gunung. Terakhir ialah alam cakerawala telah
menemui tiga unsur iaitu bintang, bulan dan matahari. Di samping itu, kajian ini juga
menggunakan teori Konseptual Kata Kunci yang diperkenalkan oleh Mohamad
Mokhtar Hassan untuk melihat konsepsi pengarang terhadap alam yang telah dijelaskan
menerusi pemilihan kata kunci. Selain itu, dapatan kajian turut menemui konsepsi
pengarang terhadap alam yang dipengaruhi oleh beberapa faktor antaranya latar
belakang keluarga, latar belakang pendidikan, latar belakang pekerjaan, hobi,
pengalaman dan pengembaraan. Justeru, Siti Zainon Ismail berupaya meletakkan
unsur-unsur alam sebagai renungan kepada kehidupan manusia.
Download File
Additional Metadata
Actions (login required)
|
View Item |