UPM Institutional Repository

Interpretasi unsur intrinsik berdasarkan nilai murni Imam al-Ghazali dalam teks Kalilah Wa Dimnah


Citation

Marzuki, Raihan (2017) Interpretasi unsur intrinsik berdasarkan nilai murni Imam al-Ghazali dalam teks Kalilah Wa Dimnah. Doctoral thesis, Universiti Putra Malaysia.

Abstract

Situasi pergolakan yang melanda kerajaan Abbasiyyah telah mendorong cAbdullah bin al-Muqaffac menggerakkan usaha menterjemah karya Kalilah Wa Dimnah (KWD) dari bahasa Parsi ke dalam bahasa Arab. Usaha tersebut bertujuan mengembalikan kesedaran para pemimpin serta masyarakat Abbasiyyah dengan menjadikan karya KWD sebagai ‘medium’ mendidik dan menyalurkan nilai murni. Karya KWD merupakan karya klasik arab yang terkenal dan memiliki pengaruh besar dalam sejarah kesusasteraan Islam. Kemunculannya telah memacu gaya penulisan prosa Arab menggunakan dialog dan watak haiwan sebagai latar dengan tujuan memperbaiki dan membina akhlak manusia. Keistimewaan ini menjadikan karya KWD memiliki nilai peradaban yang tinggi dan tarikan yang tersendiri. Kajian berbentuk kajian kepustakaan ini menggunakan kaedah kualitatif deskriptif. Pendekatan semantik struktural berdasarkan teori Stukturalisme yang diperkenalkan oleh Ferdinand De Saussure digunakan bertujuan menginterpretasi unsur intrinsik yang membina karya bagi mendapatkan satu naratif deskriptif yang bermakna. Matlamat akhir pendekatan Al-Imam al-Ghazali r.a. dijadikan rujukan untuk menunjukkan manfaat karya KWD khususnya dalam mendidik jiwa menerusi penerapan nilai murni yang menjadi tunjang pembentukan akhlak manusia sejagat. Untuk itu, tema yang mengandungi nilai murni ditafsir dan diklasifikasi berdasarkan elemen pembinaan akhlak yang diperkenalkan oleh Al-Imam al-Ghazali r.a menerusi kitab Ihya’ cUlum al-Din. Pelbagai aspek nilai murni dikenalpasti dan diklasifikasi bersandarkan empat elemen penting iaitu al-Hikmah (kebijaksanaan), Al-Shajacah (keberanian), Al-cIffah (kesucian) dan al-cAdl (keadilan). Metode analisis data melibatkan analisis kandungan teks digunakan bagi mendapatkan kesimpulan terperinci tentang hubungan unsur intrinsik dengan pecahan nilai murni yang terkandung di dalam setiap gagasan pemikiran yang cuba diketengahkan. Dapatan kajian menunjukkan gabungan antara semantik struktural dan pendekatan Al-Imam al-Ghazali r.a ke atas makna teks membawa kepada penemuan nilai murni dalam konteks yang lebih luas, mengaitkan hubungannya dengan kepelbagaian tema yang diinspirasi pengarang, penggunaan watak yang mewakili kepelbagaian sikap dan perbezaan latar suasana yang boleh dilihat dari aspek yang berbeza. Keunikan unsur intrinsik yang diolah dalam menyampaikan setiap gagasan dan saranan dalam bentuk nilai murni, sangat bermanfaat dan bersesuaian untuk pembentukan akhlak insan masa kini. Di samping mengetengahkan keupayaan prosa Arab berbentuk cerita (al-Qissah) sebagai medium penting dalam pembentukan akhlak, ia bagi memastikan kelangsungan mesej yang dibawa dapat diterjemah dengan jelas untuk kefahaman dan manfaat para pembaca.


Download File

[img]
Preview
Text
FBMK 2018 35 IR.pdf

Download (2MB) | Preview

Additional Metadata

Item Type: Thesis (Doctoral)
Subject: Arabic literature
Subject: Social values
Call Number: FBMK 2018 35
Chairman Supervisor: Pabiyah Hajimaming @ Pabiyah Toklubok, PhD
Divisions: Faculty of Modern Language and Communication
Keywords: Kalilah Wa Dimnah; Al-Imam al-Ghazali r.a; Zaman Abbasiyyah; Nilai murni
Depositing User: Mas Norain Hashim
Date Deposited: 21 Nov 2019 08:59
Last Modified: 21 Nov 2019 08:59
URI: http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/75502
Statistic Details: View Download Statistic

Actions (login required)

View Item View Item