UPM Institutional Repository

Keberkesanan modul dalam meningkatkan penguasaan imbuhan meN dan peN dalam kalangan murid SJKC


Citation

Ooi, Chwee Hwa (2018) Keberkesanan modul dalam meningkatkan penguasaan imbuhan meN dan peN dalam kalangan murid SJKC. Doctoral thesis, Universiti Putra Malaysia.

Abstract

Kajian ini bertujuan untuk menganalisis tahap penguasaan imbuhan meN dan peN murid SJKC dari segi penulisan dan menghasilkan satu modul prototaip pembelajaran imbuhan meN dan peN untuk murid SJKC. Kajian ini menggunakan pendekatan Penyelidikan Reka Bentuk dan Pembangunan yang dilaksanakan dalam 3 fasa, iaitu (1) Fasa Analisis Keperluan, (2) Fasa Reka Bentuk dan Pembangunan serta (3) Fasa Penilaian Kebolehgunaan. Modul dibangunkan dengan berpandukan Elaboration Theory of Instruction (Reigeluth & Stein, 1983). Sampel kajian terdiri daripada 210 orang murid Tahun 2, 3 dan 4 dari 4 buah SJKC di Selangor. Kajian ini melibatkan kaedah kepustakaan dan kajian lapangan. Soal selidik digunakan untuk mengukur persepsi murid tentang imbuhan meN dan peN, mengesahkan kandungan modul oleh panel pakar melalui Kaedah Fuzzy Delphi dan meninjau persepsi guru serta murid terhadap modul. Ujian pra-pasca dijalankan untuk menguji keberkesanan modul prototaip pembelajaran imbuhan meN dan peN kepada murid SJKC sebelum dan selepas penambahbaikan modul tersebut bagi menghasilkan modul sebenar. Data soal selidik dilaporkan dalam peratusan kekerapan dan Ujian-t digunakan untuk membandingkan skor ujian pra-pasca. Soal selidik telah ditadbirkan ke atas 178 orang guru BM SJK menunjukkan responden mempunyai persepsi yang positif terhadap kesesuaian modul dalam membantu penguasaan imbuhan meN dan peN murid. Hasil kajian mendapati bahawa penggunaan modul memberi implikasi positif dalam meningkatkan penguasaan imbuhan meN dan peN murid SJKC.


Download File

[img]
Preview
Text
FBMK 2018 34 IR.pdf

Download (684kB) | Preview

Additional Metadata

Item Type: Thesis (Doctoral)
Subject: Malay language - Study and teaching
Subject: Malay language - Usage
Subject: Language and languages - Study and teaching
Call Number: FBMK 2018 34
Chairman Supervisor: Profesor Madya Vijayaletchumy Subramaniam, PhD
Divisions: Faculty of Modern Language and Communication
Depositing User: Mas Norain Hashim
Date Deposited: 21 Nov 2019 08:58
Last Modified: 21 Nov 2019 08:58
URI: http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/75501
Statistic Details: View Download Statistic

Actions (login required)

View Item View Item