UPM Institutional Repository

Retorik dalam ceramah agama Kazim Elias


Citation

Mansor, Husna Hidayah (2018) Retorik dalam ceramah agama Kazim Elias. Masters thesis, Universiti Putra Malaysia.

Abstract

Retorik merupakan seni atau kepandaian berkomunikasi yang berkesan dari aspek pemikiran dan wacana kerana retorik berfungsi sebagai salah satu bentuk komunikasi berbahasa. Seorang penceramah dianggap mahir apabila mempunyai keterampilan berbahasa, iaitu mampu menggunakan bahasa secara berkesan sama ada dalam pengucapan mahupun penulisan. Penggunaan retorik yang berkesan mampu untuk mengubah pendirian seseorang dan membuka hati serta minda seseorang untuk menerima apa yang disampaikan. Kajian ini merupakan penelitian secara tekstual terhadap ceramah agama Ustaz Kazim Elias dalam rancangan Kalau Dah Jodoh Siri 1 yang disiarkan di Astro Aosis. Rancangan ini mempunyai 13 tajuk, namun begitu dalam kajian ini pengkaji hanya memilih tujuh buah tajuk sahaja sebagai bahan kajian.Tumpuan utama kajian ini adalah untuk mengenal pasti jenis retorik, gaya retorik dan struktur retorik yang terdapat dalam ceramah agama Ustaz Kazim Elias. Kajian ini menggunakan Teori Retorik Moden oleh Enos dan Brown (1993) sebagai asas kajian. Kaedah analisis kandungan digunakan oleh pengkaji untuk menganalisis kandungan ceramah agama tersebut. Kajian mendapati ceramah agama Ustaz Kazim Elias berkesan dan berjaya mendapat tarikan khalayak kerana terdapat penggunaan unsur retorik dalam penyampaiannya. Ini membuktikan bahawa setiap penceramah perlu memasukkan unsur retorik dalam ceramah bagi menjelaskan lagi mesej ceramah yang ingin disampaikan.


Download File

[img]
Preview
Text
FBMK 2018 27 IR.pdf

Download (2MB) | Preview

Additional Metadata

Item Type: Thesis (Masters)
Subject: Kazim Elias, KaziUstaz, 1972-
Subject: Oratory
Subject: Malay language - Rhetoric - Case studies
Call Number: FBMK 2018 27
Chairman Supervisor: Hajah Nor Azuwan Yaakob, PhD
Divisions: Faculty of Modern Language and Communication
Depositing User: Mas Norain Hashim
Date Deposited: 21 Nov 2019 08:47
Last Modified: 21 Nov 2019 08:47
URI: http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/75458
Statistic Details: View Download Statistic

Actions (login required)

View Item View Item