Citation
Suhid, Asmawati and Ahmad, Abdul Muhsin and Mohd Sabri, Syaza and Mohamad, Azreen Effendy
(2015)
Pendidikan Islam holistik : ke arah pemantapannya dalam sistem pendidikan di Malaysia.
In: International Conference on Islamic Education and Social Entrepreneurship 2015 (ICIESE2015), 12-14 Oct. 2015, Langkawi, Kedah, Malaysia. (pp. 207-218).
Abstract
Pendidikan Islam merupakan mata pelajaran yang wajib diambil oleh semua murid Islam di Malaysia. Perubahan demi perubahan yang berlaku ke atas kurikulum Pendidikan Islam boleh dilihat sepanjang perkembangannya. Ia bertujuan untuk mempertingkat dan memantapkan lagi sistem Pendidikan Islam agar bersifat holistik dan global serta dapat memenuhi Falsafah Pendidikan Islam dan Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Tidak dinafikan juga, pendidikan Islam merupakan wadah penting yang dapat membentuk dan melahirkan insan yang seimbang dan sepadu dari sudut intelek, rohani, jasmani, emosi dan sosial yang bertepatan dengan tuntutan Islam. Berdasarkan konsep Education for All, anak-anak wajib diberikan pendidikan yang sempurna kerana mereka merupakan generasi yang bakal mewarisi tanggungjawab dan amanah sebagai hamba dan khalifah di muka bumi Allah SWT. Pendidikan hendaklah mengambil kira semua golongan murid agar tiada berlaku keciciran lantas ketinggalan dalam arus perdana pendidikan di Malaysia. Justeru, kertas kerja ini akan mengupas dan memperincikan perkembangan kurikulum Pendidikan Islam serta membincangkan isu dan masalah yang timbul sepanjang pelaksanaannya.
Download File
Additional Metadata
Actions (login required)
|
View Item |