UPM Institutional Repository

Pengurangan postur janggal melalui pembaikan alat penuaian sedia ada dalam kalangan pekerja sawit di Johor, Malaysia


Citation

Md Yusoff, Irwan Syah (2014) Pengurangan postur janggal melalui pembaikan alat penuaian sedia ada dalam kalangan pekerja sawit di Johor, Malaysia. Masters thesis, Universiti Putra Malaysia.

Abstract

Pengenalan: Persekitaran kerja dan peralatan yang digunakan untuk menuai BTS telah dikenalpasti sebagai salah satu daripada faktor penyumbang kepada peningkatan gangguan rangka otot (GRO). Objektif utama kajian ini adalah mereka bentuk dan menghasilkan rekaan alat penuaian untuk mengurangkan masalah kesihatan yang berpotensi terhasil dan berorientasikan prinsip ergonomik serta menilai faktor risiko GRO yang secara khususnya pada bahagian atas badan dan belakang bawah dalam kalangan penuai sawit di Johor. Kaedah :Seramai 273 orang penuai sawit yang memenuhi inklusif kriteria kajian telah terlibat dalam kajian. Borang soal selidik Nordic yang telah diubahsuai mengikut kesesuaian persekitaran kerja untuk menentukan kelaziman masalah GRO (aduan sepanjang 12 bulan lepas dan 7 hari kebelakangan bekerja) telah diterjemahkan dalam Bahasa Indonesia (Lombok). Postur kerja setiap penuai sawit direkod dan dianalisa menggunakan RULA.Ukuran antropometrik secara terpilih dan ukuran alat pahat telah diambil untuk menentukan nilai kesepadanan.Pembangunan rekaan telah dijalankan menggunakan prinsip User Centered Design (UCD).Fabrikasi prototaip dihasilkan dan ujian lapangan kajian telah dijalankan. Keputusan:100% penuai merupakan pekerja Indonesia dan purata umur 29.13 ± 6.50 tahun. Sebanyak 78.0% aduan berkenaan GRO sepanjang 12 bulan lepas dan 75.5% menyatakan GRO adalah daripada pekerjaan dilakukan. Bahagian anggota belakang bawah paling tinggi menerima aduan berbanding anggota lain. 85.3% penuai merasakan alat pahat yang digunakan berat. Risiko bekerja dalam keadaan postur janggal dengan menggunakan RULA analisis (skor 3 – 4) adalah 18.2 kali lebih tinggi untuk mengalami GRO. Tempoh mengunakan alat pahat kurang daripada 1 adalah 5.7 kali lebih tinggi untuk menggalami GRO. Simulasi analisis RULA menunjukkan rekaan konvensional adalah berisiko tinggi untuk mengalami GRO iaitu pada skor 7 pada peringkat tindakan. Keputusan ujian lapangan kajian (prototaip) dan simulasi 3D rekaan baru terdapat penurunan markah RULA iaitu pada peringkat tindakan 2 (risiko rendah) berbanding rekaan konvensional iaitu pada peringkat tindakan 4 (risiko tinggi). Kesimpulanya:Objektif kajian telah dicapai dengan cadangan rekaan alat penuaian ergonomik baru yang menggabungkan kajian sains perubatan dan proses reka bentuk industri bagi meningkatkan keselamatan dan kesihatan penuai sawit di Johor secara amnya.


Download File

[img]
Preview
Text
FPSK(M) 2014 17 IR.pdf

Download (2MB) | Preview

Additional Metadata

Item Type: Thesis (Masters)
Subject: Musculoskeletal Diseases - therapy
Subject: Postural Balance
Subject: Musculoskeletal Diseases - prevention & control
Call Number: FPSK(m) 2014 17
Chairman Supervisor: Prof. Madya Shamsul Bahri Bin Hj. Md Tamrin, PhD
Divisions: Faculty of Medicine and Health Science
Keywords: Penuai sawit; RULA; Antropometrik; GRO; Penghasilan rekaan; Simulasi; Alat penuaian
Depositing User: Mas Norain Hashim
Date Deposited: 21 Nov 2019 08:32
Last Modified: 21 Nov 2019 08:32
URI: http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/75398
Statistic Details: View Download Statistic

Actions (login required)

View Item View Item