Citation
Mohamad, Ab Halim
(2015)
Konsep pemilihan kosa kata dalam pembelajaran bahasa: satu kajian ke atas buku teks bahasa Arab tahun 1.
In: Persidangan Kebangsaan Bahasa Arab (NCAL2015), 18-19 Ogos 2015, IPG Kampus Pendidikan Islam, Bangi. (pp. 211-217).
Abstract
Pembelajaran kosa kata (perkataan) di peringkat permulaan harus berdasarkan kepada konsep pemilihan yang betul, seperti perkataan konkrit (concreteness) sebelum abstrak (abstractness), kekerapan (frequency), perkataan pinjaman, kata nama sebelum kata kerja, perkataan yang pendek sebelum yang panjang, peryerupaan (similarity) dan sebagainya. Kertas kerja ini bertujuan pertama, menjelaskan konsep pemilihan kosa kata dalam pengajaran bahasa secara Am dan bahasa Arab secara khusus. Kedua, bertujuan untuk menganalisis bentuk kosa kata yang diajar dalam buku teks tahun 1 yang digunapakai oleh Kementerian Pendidikan Malaysia sekarang ini samaada bertepatan dengan konsep pemilihan kosa kata yang betul atau tidak. Kajian ini berbentuk kajian deskriptif dengan pendekatan kuantitatif yang melibatkan kajian perpustakaan dan kajian korpus. Hasil kajian awal menunjukkan bahawa banyak kosa kata yang diajar dalam buku teks tahun 1, tidak memenuhi konsep pemilihan kata yang betul. Implikasi daripada itu, pelajar menghadapi masalah dalam pembelajaran kosa kata seperti susah memahami dan mengigatinya.
Download File
Additional Metadata
Actions (login required)
|
View Item |