Citation
Mohd Nasir, Nor Afiza and Noor Muhammad, Salmah Jan
(2018)
Pengukuhan kuasa pemerintahan kesultanan Melayu Kedah dalam undang-undang Kedah.
Pendeta: Jurnal Bahasa, Pendidikan dan Sastera Melayu, 9.
51 - 60.
ISSN 1823-6812; ESSN: 2600-8696
Abstract
Pada zaman pemerintahan kesultanan Melayu, Undang-Undang Kedah merupakan salah satu naskhah utama dalam sejarah penulisan undang-undang adat dan terpenting dalam menonjolkan kekuasaan golongan raja dalam mentadbir sesebuah negara selain membicarakan pelbagai aspek kehidupan masyarakat Melayu Kedah.Oleh itu, objektif kajian ini ialah mengenal pasti kaedah pengukuhan kuasa yang diwujudkan oleh raja disamping menghuraikan implikasi yang wujud hasil pengukuhan kuasa tersebut terhadap pemerintahan kesultanan Melayu Kedah. Hasil kajian menunjukkan pengukuhan kuasa pemerintahan kesultanan Kedah wujud melalui pelbagai kaedah iaitu pembatasan hubungan raja dengan rakyat, kawalan sosial dan pembentukan sifat kepatuhan rakyat kepada golongan raja. Sehubungan itu, perbincangan ini berlandaskan Teori Kuasa yang diperkenalkan oleh John R.P. French dan Bertram Raven (1959) di samping menggunakaan kaedah kepustakaan dan analisis kandungan.
Download File
Preview |
|
Text
Pengukuhan kuasa pemerintahan kesultanan Melayu Kedah dalam Undang-undang Kedah.pdf
Download (83kB)
| Preview
|
|
Additional Metadata
Actions (login required)
|
View Item |