UPM Institutional Repository

Pengaruh guru, rakan sebaya dan sokongan keluarga terhadap keterlibatan matematik dalam kalangan murid sekolah menengah


Citation

Mohd Ayub, Ahmad Fauzi and Md. Yunus, Aida Suraya and Mahmud, Rosnaini (2018) Pengaruh guru, rakan sebaya dan sokongan keluarga terhadap keterlibatan matematik dalam kalangan murid sekolah menengah. Jurnal Pendidikan Sains & Matematik Malaysia, 8 (1). pp. 1-12. ISSN 2232-0393; ESSN: 2600-9307

Abstract

Kajian ini bertujuan untuk menentukan pengaruh guru, kesepaduan murid dan penglibatan keluarga terhadap keterlibatan matematik dalam kalangan murid sekolah menengah di Pulau Pinang. Seramai 155 orang murid daripada pelbagai sekolah terlibat dalam kajian yang dijalankan. Dapatan kajian menunjukkan bahawa min keseluruhan keterlibatan murid dalam matematik adalah 3.60 (SP = .41). Secara terperinci, keterlibatan murid dalam matematik adalah lebih secara tingkahlaku (M = 3.76, SP = 0.56) diikuti oleh domain afektif (M = 3.56, SP = .42) dan domain kognitif (M = 3.55, SP = 0.41).Dapatan kajian juga mendapati semasa proses pembelajaran dan pengajaran matematik, murid mendapat sokongan yang baik daripada guru (M = 3.80, SP = 0.56), kesepaduan murid (M = 3.65, SP = 0.53) dan penglibatan ibu bapa (M = 3.32, SP = 0.71). Analisis korelasi pula menunjukkan terdapat hubungan signifikan yang positif antara penglibatan ibu bapa (r = .515; p < .001), sokongan guru (r = .494, p < .001) dan kesepaduan murid (r = .643;p < .001) dengan keterlibatan murid dalam matematik. Analisis regresi berganda pula menunjukkan bahawa ketiga-tiga faktor di kaji mempengaruhi keterlibatan murid dalam matematik dengan varian sebanyak 46.2%. Kajian ini jelas menunjukkan bahawa ketiga-tiga faktor ini dapat meningkatkan keterlibatan murid dalam matematik dengan kesepaduan murid merupakan penyumbang terbesar iaitu sebanyak 42.5%.


Download File

[img]
Preview
Text
Pengaruh guru, rakan sebaya dan sokongan keluarga terhadap keterlibatan matematik dalam kalangan murid sekolah menengah.pdf

Download (83kB) | Preview

Additional Metadata

Item Type: Article
Divisions: Faculty of Educational Studies
Publisher: Penerbit UPSI
Keywords: Mathematics engagement; Parental involvement; Students’ cohesiveness; Teacher support
Depositing User: Mr. Sazali Mohamad
Date Deposited: 14 Oct 2019 08:00
Last Modified: 14 Oct 2019 08:00
URI: http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/75228
Statistic Details: View Download Statistic

Actions (login required)

View Item View Item