UPM Institutional Repository

Pembangunan dan penilaian model hasrat mengguna aplikasi mudah alih penasihatan penyakit panaman lada hitam


Citation

Kamarudin, Shafinah and Alan, Ribka and Sahari, Noraidah and Abdul Wahab, Amelia Natasya and Sulaiman, Riza (2018) Pembangunan dan penilaian model hasrat mengguna aplikasi mudah alih penasihatan penyakit panaman lada hitam. Jurnal Pengurusan, 52. pp. 207-219. ISSN 0127-2713

Abstract

Kajian hasrat mengguna aplikasi mudah alih dalam domain pertanian masih kurang diterokai.Penggunaan m-Pertanian seperti aplikasi memberi faedah apabila menerima dan mengguna aplikasi tersebut.Tujuan kajian ini adalah untuk membangun sebuah model Tingkah laku hasrat mengguna (HM) aplikasi mudah alih penasihatan penyakit untuk tanaman lada hitam (m-Naslada),mengesah model HM serta membangun prototaip m-Naslada berdasarkan beberapa faktor daripada model HM.Model kajian dibangun berteraskan model penerimaan teknologi.Faktor yang dipertimbangkan pada model kajian adalah mobiliti,kesederhanaan,norma subjektif, keserasian, inovasi kendiri, efikasi kendiri, kualiti maklumat, interaktif, persepsi kebergunaan, persepsi mudah guna dan tingkahlaku hasrat mengguna. kaedah kuantitatif dengan instrumen soal selidik baharu diguna bagi mengesah model kajian.Tinjauan sebenar dilaksana dengan mentadbir instrumen kepada 200 orang pekebun kecil lada hitam di Sarawak.Data diperoleh dianalisis mengguna pendekatan pemodelan persamaan berstruktur melalui kaedah kuasa dua terkecil separa (KDTS), ujian analisis kuasa statistik post hoc dan ujian kebagusuaian global (KBG). Hasil kajian mendapati faktor mobiliti, kesederhanaan, norma subjektif, keserasian, inovasi kendiri, efikasi kendiri, persepsi kebergunaan, persepsi mudah guna mempengaruhi tingkah laku hasrat mengguna. Berdasarkan ujian analisis kuasa statistik post hoc, pelaksanaan kajian ini didapati memberi impak sebenar kepada populasi pekebun kecil lada hitam. Hasil analisis ujian KBG mendapati model HM boleh dipakai dalam kajian ini. Secara keseluruhan, model dan instrumen kajian boleh menjadi indikator bagi mengukur hasrat mengguna sesebuah aplikasi mudah alih untuk domain pertanian.


Download File

[img]
Preview
Text
Pembangunan dan penilaian model hasrat mengguna aplikasi mudah alih penasihatan penyakit panaman lada hitam.pdf

Download (84kB) | Preview

Additional Metadata

Item Type: Article
Divisions: Faculty of Agriculture and Food Sciences
DOI Number: https://doi.org/10.17576/pengurusan-2018-52-17
Publisher: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia
Keywords: Agriculture; Intention to use; Mobile application; Technology Acceptance Model
Depositing User: Mr. Sazali Mohamad
Date Deposited: 14 Oct 2019 06:49
Last Modified: 14 Oct 2019 06:49
Altmetrics: http://www.altmetric.com/details.php?domain=psasir.upm.edu.my&doi=10.17576/pengurusan-2018-52-17
URI: http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/75218
Statistic Details: View Download Statistic

Actions (login required)

View Item View Item