UPM Institutional Repository

Paralinguistik dalam pemerolehan bahasa kanak-kanak


Citation

Zukeflli, Nur Nadirah and Subramaniam, Vijayaletchumy (2018) Paralinguistik dalam pemerolehan bahasa kanak-kanak. International Journal of Language Education and Applied Linguistics, 8 (1). pp. 1-13. ISSN 2289-7208; ESSN: 2289-9294

Abstract

Paralinguistik merupakan suatu kajian tentang penggunaan suara atau vokalisasi, iaitu memperbesar dan mengecilkan suara, dan ia menjadi batasan antara interaksi verbal dengan bukan verbal atau bahasa badan. Paralinguistik adalah fokus utama kajian ini untuk membuktikan tentang penggunannya secara tidak langsung dalam proses pemerolehan bahasa kanak-kanak. Penyelidikan ini berlandaskan Teori Jean Piaget dan teori paralinguistik yang diperkenalkan oleh Bloch dan Trager, dan penganalisisan data kajian dilakukan dengan menggunakan pendekatan kualitatif. Objektif utama kajian adalah untuk mengenal pasti dan menghuraikan ciri paralinguistik dalam proses pemerolehan bahasa kanak-kanak. Elemen paralinguistik yang menjadi fokus perbincangan dalam kajian ini ialah seperti kualiti suara,vokal,anggota badan dan juga ekspresi wajah yang sangat kerap digunakan dalam membantu sesuatu proses pemerolehan bahasa kanak-kanak itu berlaku. Dapatan kajian mendapati hampir kesemua kanak-kanak yang melalu fasa pemerolehan bahasa akan menggunakan bantuan bahasa badan untuk berkomunikasi. Hal ini menunjukkan bahawa kehadiran aspek paralingustik adalah sangat perlu dalam melancarkan lagi proses pemerolehan bahasa terutamanya bagi golongan kanak-kanak.


Download File

[img]
Preview
Text
Paralinguistik 1.pdf

Download (83kB) | Preview
Official URL or Download Paper: http://journal.ump.edu.my/ijleal/article/view/526

Additional Metadata

Item Type: Article
Divisions: Faculty of Modern Language and Communication
Publisher: Penerbit Universiti Malaysia Pahang
Keywords: Body language; Children; Language acquisition; Paralinguistics
Depositing User: Mr. Sazali Mohamad
Date Deposited: 15 Oct 2019 06:56
Last Modified: 15 Oct 2019 06:56
URI: http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/75193
Statistic Details: View Download Statistic

Actions (login required)

View Item View Item