UPM Institutional Repository

Membina kerangka standard bahasa Melayu dan bahasa Indonesia


Citation

Harun, Karim and Ismail, Khairulanuar and Abd.Wahid, Lokman and Ismail, Zawahir and Md. Sabil, Azhar (2018) Membina kerangka standard bahasa Melayu dan bahasa Indonesia. Jurnal Melayu, 17 (2). 241 - 254. ISSN 1675-7513

Abstract

Bahasa Melayu yang dituturkan di Malaysia dan bahasa Indonesia berasal daripada satu bahasa yang sama, iaitu bahasa Melayu. Bahasa ini adalah salah satu bahasa yang berpengaruh di dunia. Bahasa ini dituturkan sebagai bahasa pertama dan bahasa asing oleh lebih 300 juta penutur di seluruh dunia. Bahasa Melayu bukan sahaja dituturkan sebagai medium komunikasi harian tetapi juga menjadi bahasa diplomatik, perdagangan dan pendidikan. Sebagai sebuah bahasa yang unggul dan digunakan dalam pelbagai bidang, bahasa Melayu perlu mempunyai satu kerangka standard yang boleh dijadikan rujukan oleh pengguna bahasaini. Makalah ini bertujuan untuk membincangkan bentuk kerangka standard bahasa Melayu dan asas kepada pembinaan kerangka standard tersebut. Perbincangan bentuk kerangka berdasarkan kepadadua dimensi. Pertama, pemerolehan dan penguasaan bahasa, kedua kemahiran bahasayang meliputi empat kemahiran bahasa, iaitu kemahiran mendengar, bertutur, membaca dan menulis.Untuk menghuraikan tahap pemerolehandan penguasaan bahasa, Taksonomi Bloomakan digunakan, manakala perbincangan tentang asas pembinaankerangka standard bahasa Melayudilakukan daripadaperspektif sejarah bahasa. Hasil pembinaan kerangka ini akan membolehkanpenutur bahasa Melayu sama ada penutur bahasa Melayu sebagai bahasa pertama, bahasa kedua dan bahasa asing dapat mengukur tahap penguasaan bahasa Melayu dan seterusnya dapat menambah baik penggunaan bahasa Melayu mereka. Di samping itu, kerangka standard ini dapat dijadikan rujukan untuk membina kurikulum dan juga ujian bahasa Melayu.


Download File

[img] Text
Membina kerangka standard bahasa Melayu dan bahasa Indonesia.pdf

Download (11kB)
Official URL or Download Paper: https://ejournal.ukm.my/jmelayu/article/view/28684

Additional Metadata

Item Type: Article
Divisions: Faculty of Educational Studies
Publisher: Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan, Universiti Kebangsaan Malaysia
Keywords: Malay language; Indonesian language; Standard framework; Curriculum; Language test
Depositing User: Mr. Sazali Mohamad
Date Deposited: 07 Aug 2021 07:48
Last Modified: 07 Aug 2021 07:48
URI: http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/74934
Statistic Details: View Download Statistic

Actions (login required)

View Item View Item