Citation
Md Zain, Rosnani and Nik Muhamad Affendi, Nik Rafidah
(2018)
Karisma wanita dalam novel Nenek karya Razali Endun.
Jurnal Sultan Alauddin Sulaiman Shah, 5 (1).
44 - 54.
ISSN 2462-1692; ESSN: 2289-8042
Abstract
Kajian ini dijalankan adalah untuk mengenal pasti dan menganalisis karisma wanita yang terkandung dalam novel Nenek karya Razali Endun terbitan Institut Terjemahan dan Buku Malaysia (ITBM) 2014.Kajian ini dilakukan berdasarkan kepada dua pendapat yang mengatakan bahawa watak wanita sering dilihat dari sudut negatif sahaja oleh pengarang-pengarang lelaki.Pendapat kedua pula mengatakan bahawa tidak semua pengarang lelaki memberikan imej yang tidak baik kepada watak wanita.Percanggahan pendapat ini telah mendorong pengkaji untuk melihat karisma wanita yang terdapat dalam novel Nenek karya Razali Endun.Oleh itu, dua kaedah kajian akan digunakan dalam makalah ini. Kaedah kepustakaan digunakan dalam kajian ini bagi memperoleh maklumat mengenai watak wanita dalam novel kajian.Kaedah analisis teks pula digunakan bagi menganalisis watak wanita dalam novel tersebut.Selain itu, kajian ini juga menggunakan teori psikoanalisis Sigmund Freud bagi mengukuhkan dapatan kajian.Hasil analisis mendapati bahawa terdapat beberapa karisma yang diterapkan dalam novel Nenekantaranya ialah karisma sebagai pemimpin, karisma sebagai pencinta kebudayaan Melayu, karisma sebagai wanita intelektual dan karisma sebagai wanita bertanggungjawab.Justeru, karisma wanita yang ditonjolkan dalam novel tersebut merupakan watak wanita yang positif dan dapat membangunkan masyarakat.
Download File
Additional Metadata
Actions (login required)
|
View Item |