UPM Institutional Repository

UPM - Universitas Indonesia Jalin Persefahaman Dalam Bidang Sains


Citation

Universiti Putra Malaysia, Bahagian Komunikasi Korporat (2010) UPM - Universitas Indonesia Jalin Persefahaman Dalam Bidang Sains. [UPM News]

Abstract

JAKARTA – Universiti Putra Malaysia (UPM) memeterai memorandum persefahaman dalam bidang sains dengan Universitas Indonesia (UI) pada 23 Jun lalu di kampusnya di Depok, Jakarta. Naib Canselor UPM, Tan Sri Datuk Dr Nik Mustapha R Abdullah berkata kerjasama yang diterajui oleh Fakulti Sains UPM dengan Fakultas Matematika dan Pengajian Imu Alam (FMIPA) UI dalam penyelidikan, pengajaran, pembelajaran dan pertukaran pelajar akan dipertingkatkan dari semasa ke semasa. “Saya berharap agar kerjasama penyelidikan ini menyumbangkan sesuatu yang amat berharga kepada pembangunan kedua-dua negara dan boleh diperluaskan kepada fakulti-fakulti lain,” katanya. Rektor UI, Prof. Dr. Der. Soz Gumilar Rusliwa Somantri berkata pelajar UI yang akan terlibat ialah dari Jabatan Biologi kerana Indonesia memiliki pelbagai jenis tanaman dan haiwan tropika yang sesuai dipelajari.


Download File

[img]
Preview
PDF
UPM_-_Universitas_Indonesia.pdf

Download (66kB)

Additional Metadata

Item Type: UPM News
Depositing User: Muizzudin Kaspol
Date Deposited: 07 Jul 2010 00:16
Last Modified: 27 May 2013 07:35
URI: http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/7460
Statistic Details: View Download Statistic

Actions (login required)

View Item View Item