Citation
Universiti Putra Malaysia, Bahagian Komunikasi Korporat
(2010)
UPM - Universitas Indonesia Jalin Persefahaman Dalam Bidang Sains.
[UPM News]
Abstract
JAKARTA – Universiti Putra Malaysia (UPM) memeterai memorandum persefahaman dalam bidang sains dengan Universitas Indonesia (UI) pada 23 Jun lalu di kampusnya di Depok, Jakarta.
Naib Canselor UPM, Tan Sri Datuk Dr Nik Mustapha R Abdullah berkata kerjasama yang diterajui oleh Fakulti Sains UPM dengan Fakultas Matematika dan Pengajian Imu Alam (FMIPA) UI dalam penyelidikan, pengajaran, pembelajaran dan pertukaran pelajar akan dipertingkatkan dari semasa ke semasa.
“Saya berharap agar kerjasama penyelidikan ini menyumbangkan sesuatu yang amat berharga kepada pembangunan kedua-dua negara dan boleh diperluaskan kepada fakulti-fakulti lain,” katanya.
Rektor UI, Prof. Dr. Der. Soz Gumilar Rusliwa Somantri berkata pelajar UI yang akan terlibat ialah dari Jabatan Biologi kerana Indonesia memiliki pelbagai jenis tanaman dan haiwan tropika yang sesuai dipelajari.
Download File
Additional Metadata
Actions (login required)
|
View Item |