Citation
Universiti Putra Malaysia, Bahagian Komunikasi Korporat
(2010)
Sasaran 200 Ribu Pelajar Antarabangsa IPT Menjelang 2020.
[UPM News]
Abstract
PUTRAJAYA, 17 Jun – Institut Pengajian Tinggi (IPT) disaran menerapkan elemen pengantarabangsaan untuk mencapai sasaran lebih 200 ribu pelajar antarabangsa menjelang 2020.
Menteri Pengajian Tinggi, Dato’ Seri Mohamed Khaled Nordin berkata sasaran itu bukan setakat menjanakan keuntungan dari segi kewangan tetapi menyebarkan budaya kecemerlangan pengajian tinggi.
“Walaupun IPT negara ini menawarkan program yang hampir sama, Malaysia perlu mencari strategi untuk mempelbagaikan tawaran kepada pelajar berpotensi yang dipanggil ‘institutional stakeholders’ untuk merealisasikan nilai Pengajian Tinggi Malaysia,” katanya ketika merasmikan seminar ‘Internationalisation and Marketing of Higher Education Malaysia 2010’ di Putrajaya International Convention Centre (PICC) di sini.
Download File
Additional Metadata
Actions (login required)
|
View Item |