Citation
Mansor, Husna Hidayah and Yaakob, Nor Azuwan and Zainon Hamzah, Zaitul Azma
(2018)
Retorik pemerian dalam ceramah agama.
International Journal of the Malay World and Civilisation, 6 (2).
29 - 38.
ISSN 2289-1706
Abstract
Pengkaji melakukan kajian ini untuk melihat teknik retorik yang digunakan dalam ceramah agama Ustaz Kazim Elias. Retorik merupakan elemen penting dalam sebuah ceramah bagi menarik perhatian khalayak dan tanpa unsur retorik suatu ceramah akan menjadi hambar dan kaku. Kajian ini dilakukan dengan menggunakan Model Retorik Raminah Sabran (2002) dan kaedah analisis kandungan digunakan bagi menganalisis ceramah ini. Hasil dapatan kajian menunjukkan teknik retorik yang paling dominan digunakan dalam ceramah agama Ustaz Kazim Elias ialah retorik pemerian. Teknik ini banyak digunakan oleh Ustaz Kazim Elias bagi
menarik perhatian khalayak supaya mereka mudah memahami isi penyampaian ceramahnya. Penggunaan retorik dalam ceramah agama membantu penceramah menyampaikan dakwah yang berkesan dan mampu mengubah fikiran, emosi dan tindakan khalayak.
Download File
Additional Metadata
Actions (login required)
|
View Item |