UPM Institutional Repository

Elak Pembaziran Tenaga Dengan Selimut Sesuai


Citation

Universiti Putra Malaysia, Bahagian Komunikasi Korporat (2010) Elak Pembaziran Tenaga Dengan Selimut Sesuai. [UPM News]

Abstract

SERDANG, 3 Jun – Penyelidik Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr. Mohamad Fakri Zaky Jaafar mendedahkan jenis selimut tebal boleh menyebabkan pembaziran elektrik di bilik tidur yang menggunakan pendingin hawa. “Selimut tebal jenis comforter berpotensi meningkatkan penggunaan pendingin hawa kerana ia tidak sesuai dengan cuaca di Malaysia. Penghuni memilih comforter menurut citarasa menyebabkan suhu pendingin hawa direndahkan hingga meningkatkan tenaga elektrik,” katanya. Hasil kajiannya ke atas 38 buah rumah di sekitar Lembah Kelang mendapati beban penyejukan pendingin hawa meningkat 52% kerana comforter yang tebal menyebabkan suhu bilik diturunkan kepada 22.1 darjah celcius, iaitu 2.8 darjah lebih rendah daripada penghuni yang menggunakan selimut biasa iaitu 24.9 darjah celcius.


Download File

[img]
Preview
PDF
elak_pembaziran_tenaga.pdf

Download (54kB)

Additional Metadata

Item Type: UPM News
Depositing User: Muizzudin Kaspol
Date Deposited: 17 Jun 2010 01:14
Last Modified: 27 May 2013 07:34
URI: http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/7369
Statistic Details: View Download Statistic

Actions (login required)

View Item View Item