UPM Institutional Repository

Pola pameran emosi individu Introvert dan Ekstrovert dalam Facebook: pendekatan eksperimen awal


Citation

Mohd Radzi, Siti Ramizah Khairunnisa and Bolong, Jusang and Tamam, Ezhar (2018) Pola pameran emosi individu Introvert dan Ekstrovert dalam Facebook: pendekatan eksperimen awal. Jurnal Komunikasi: Malaysian Journal of Communication, 34 (3). 40 - 55. ISSN 2289-1528

Abstract

Laman sosial Facebook telah menjadi sebuah ruang untu pameran emosi kerana setiap pengguna bebas untuk memilih lokasi, masa dan jenis emosi yang ingin dipamerkan. Kepelbagaian karakter individu dalam laman sosial adalah berkait dengan personaliti kerana setiap personaliti mempunyai gaya yang berbeza untuk berkomunikasi dan bersosial dalam talian. Individu Introvert dan Ekstrovert adalah dua personaliti yang dominan dalam bidang komunikasi namun kedua-duanya mempamerkan karakter yang berlawanan antara satu sama lain. Persoalannya, apakah corak dan tujuan penggunaan Facebook oleh setiap personaliti dan adakah mereka menggunakan Facebook untuk pameran emosi? Satu ekperimen dalam talian (online experiment) telah dilaksanakan dalam Facebook dengan menggunakan 60 personaliti (30 individu Introvert, 30 individu Ekstrovert) yang dipilih menerusi kaedah persampelan mudah. Data kajian dianalisis dan dipersembahkan dalam bentuk deskriptif seperti frekuensi, peratusan dan skor min. Hasil kajian menunjukkan bahawa individu Introvert memperuntukkan masa yang lebih panjang untuk melayari Facebook. Seterusnya, individu Introvert dan Ekstrovert menggunakan Facebook dengan tujuan untuk mencari informasi dan mereka tidak berminat untuk mengintip aktiviti pengguna lain. Kedua-dua personaliti turut terlibat dalam aktiviti berkumpulan namun apabila ingin mempamerkan emosi, individu Introvert memilih mesej segera manakala individu Ekstrovert pula melalui tulisan dinding. Kesimpulannya, individu Introvert dan Ekstrovert mempunyai cara yang berbeza dalam memilih lokasi dan jenis emosi yang dipamerkan terutamanya dalam komuniti dalam talian. Dapatan kajian ini merupakan sebuah gambaran awal mengenai pameran emosi yang ditonjolkan oleh dua personaliti bipolar dalam interaksi dan sosialisasi. Diharapkan agar kajian akan datang dapat memberikan generalisasi dengan melibatkan khalayak Facebook yang lebih luas.


Download File

[img] Text
Pola pameran emosi individu introvert dan ekstrovert dalam Facebook.pdf

Download (17kB)
Official URL or Download Paper: https://ejournal.ukm.my/mjc/article/view/18211

Additional Metadata

Item Type: Article
Divisions: Faculty of Modern Language and Communication
DOI Number: https://doi.org/10.17576/JKMJC-2018-3403-03
Publisher: UKM Press
Keywords: Introvert; Extroverts; Personality; Emotional exhibition; Facebook
Depositing User: Ms. Nida Hidayati Ghazali
Date Deposited: 03 Mar 2022 03:50
Last Modified: 03 Mar 2022 03:50
Altmetrics: http://www.altmetric.com/details.php?domain=psasir.upm.edu.my&doi=10.17576/JKMJC-2018-3403-03
URI: http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/73545
Statistic Details: View Download Statistic

Actions (login required)

View Item View Item