UPM Institutional Repository

Perspektif sebenar kebolehpasaran graduan di Malaysia melalui tingkah laku komunikasi publik


Citation

Hashim, Norliana (2018) Perspektif sebenar kebolehpasaran graduan di Malaysia melalui tingkah laku komunikasi publik. Asian Journal of Applied Communication, 8 (2). 133- 148. ISSN 2682 - 7506

Abstract

Pengangguran dalam kalangan graduan, tidak boleh dipandang ringan kerana dikhuatiri meruncing ke arah gejala-gejala sosial yang lain. Pemikiran konservatif masyarakat yang sering mengaitkan pendidikan universiti dengan jaminan pekerjaan yang baik perlu dikikis, ekoran tercetusnya tahap kebolehpasaran graduan yang rendah. Daripada perspektif komunikasi, kajian ini melihat bagaimana graduan memberi maklum balas terhadap masalah kebolehpasaran. Sebanyak 787 orang responden dalam kalangan graduan UKM pada kohort 2014 memberi maklum balas secara dalam talian terhadap permasalahan ini. Teori Situasi Publik (STP) ialah teori yang digunakan sebagai hujahan terhadap persepsi masalah ini. Graduan dilihat melalui bagaimana cara mereka berkomunikasi dan memberi maklum balas terhadap kebolehpasaran yang dialami mereka. Data dianalisa menggunakan kaedah regrasi berganda dan ujian-T sampel berpasangan. Melalui perbandingan Beta piawai didapati (β’=.57) dipengaruhi oleh faktor Pengenalpastian Masalah, (β’=.16) oleh faktor Pengenalpastian Penglibatan dan (β’=-.09) oleh faktor Pengenalpastian Kekangan kepada pemboleh ubah terikat iaitu Pencarian Maklumat. Manakala bagi pemboleh ubah terikat Pemprosesan Maklumat pula di dapati (β’=.79) didatangi oleh pengaruh faktor Pengenalpastian Masalah, (β’=.07) oleh faktor Pengenalpastian Penglibatan dan (β’=-.07) oleh faktor Pengenalpastian Kekangan. Melalui hasil ujianT sampel berpasangan pula mendapati graduan lebih terarah untuk mencari maklumat daripada hanya memproses maklumat. Hal ini memberi signal positif dalam mengambarkan tindakan graduan dalam masalah yang dihadapi mereka. Graduan dilihat berusaha untuk mencari maklumat mengenai kebolehpasaran graduan, sehubungan itu menjadi tanggungjawab institusi pendidikan, kerajaan dan badan-badan lain dalam membekalkan maklumat yang benar-benar releven sebagai penujuk arah kepada mereka.


Download File

[img] Text
Perspektif sebenar kebolehpasaran graduan di Malaysia melalui tingkah laku komunikasi publik.pdf

Download (69kB)

Additional Metadata

Item Type: Article
Divisions: Faculty of Modern Language and Communication
Publisher: UPM Press
Keywords: Public Situation Theory (PST) Identification of Problems; Identification of constraints; Identification of engagement; Information search; Information processing and graduate employability
Depositing User: Ms. Nida Hidayati Ghazali
Date Deposited: 03 Mar 2022 09:02
Last Modified: 03 Mar 2022 09:02
URI: http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/73479
Statistic Details: View Download Statistic

Actions (login required)

View Item View Item