Citation
Sulaiman, Sumaiyah and Mustapha, Nik Farhan and Toklubok @ Hajimaming, Pabiyah and Wan Sulong, Wan Muhammad
(2018)
Permasalahan kemahiran menulis bahasa Arab dalam kalangan pelajar peringkat pengajian tinggi.
Journal of Humanities and Social Sciences, 5 (2).
142 - 151.
ISSN 2462-1692; ESSN: 2289-8042
Abstract
Kemahiran menulis merupakan elemen yang penting dalam penguasaan bahasa Arab, lebih-lebih lagi bagi pelajar pada peringkat pengajian tinggi. Kemahiran menulis adalah merupakan salah satu kemahiran kompleks yang melibatkan proses kognitif dan salah satu indikator kecekapan dalam berbahasa. Artikel ini bertujuan membincangkan isu kemahiran menulis bahasa Arab dalam kalangan pelajar di peringkat pengajian tinggi di Malaysia. Kajian ini berbentuk kualitatif yang menerapkan pendekatan analisis dokumen. Hasil tinjauan literatur mendapati terdapat beberapa aspek kelemahan pelajar dalam penulisan bahasa Arab pada peringkat pengajian tinggi. Kelemahan dalam penulisan bahasa Arab ini didapati berlaku dalam lima aspek, iaitu ortografi dan ejaan, sintaksis dan morfologi, pembinaan ayat, kosa kata dan strategi. Penelitian tentang permasalahan bahasa Arab dalam penulisan pelajar peringkat pengajian tinggi perlu diberi perhatian agar usaha penambahbaikan berterusan dapat dilakukan. Beberapa cadangan bagi tujuan penambahbaikan kualiti pembelajaran kemahiran menulis pelajar turut dikemukakan menerusi kajian ini.
Download File
|
Text
Permasalahan kemahiran menulis bahasa Arab dalam kalangan pelajar peringkat pengajian tinggi.pdf
Download (15kB)
|
|
Additional Metadata
Actions (login required)
|
View Item |