Citation
Noor Muhammad, Salmah Jan
(2018)
Perlanggaran etika diplomatik cetus ketidakstabilan dalam pemerintahan kerajaan Melayu.
Rumpun: Jurnal Antarabangsa Persuratan Melayu, 6 (1).
219- 240.
ISSN 2289-5000
Abstract
Etika diplomatik dibentuk adalah untuk membawa kepada permuafakatan antara dua atau lebih kerajaan. Apabila etika ini diaplikasikan maka kerajaan yang terlibat akan mencapai kestabilan dalam pemerintahan. Namun, sekiranya etika ini dilanggar, akan menyebabkan berlakunya malapetaka terutamanya kekacauan dalam pentadbiran. Justeru, objektif kajian ini ialah untuk mengenal pasti dan menghuraikan punca berlakunya perlanggaran etika yang menyebabkan ketidakstabilan pemerintahan sesebuah kerajaan berdasarkan karya agung Melayu Sulalat al-Salatin, Tuhfat al-Nafis dan Hikayat Aceh. Kaedah yang akan digunakan adalah kaedah kepustakaan bagi mendapatkan data kajian. Hasil dapatan menunjukkan bahawa penyebaran fitnah, pengkhianatan, dan memungkiri janji merupakan punca penyebab kepada berlakunya perlanggaran etika diplomatik ini.
Download File
|
Text
Perlanggaran etika diplomatik cetus ketidakstabilan dalam pemerintahan kerajaan Melayu.pdf
Download (15kB)
|
|
Additional Metadata
Actions (login required)
|
View Item |