UPM Institutional Repository

Geometri dan peranannya dalam reka bentuk bandar Islamik


Citation

Abd. Rahim, Fazlena and Ujang, Norsidah and Said, Mohamed Mohamed Tolba (2018) Geometri dan peranannya dalam reka bentuk bandar Islamik. Geografia: Malaysian Journal of Society and Space, 14 (2018). 82 - 96. ISSN 2180-2491; ESSN: 2682-7727

Abstract

Geometri merupakan elemen utama yang digunakan bagi membina imej reka bentuk bandar Islamik bernilai estetik. Namun begitu, aplikasi bentuk bebas sebagai dasar dalam menyusun atur elemen perbandaran kurang mengutamakan fungsi dan nilai estetik reka bentuk geometri. Kesannya, susun atur elemen reka bentuk bandar yang tidak teratur, fungsi penggunaan ruang yang tidak optimum kepada pengguna dan kurang nilai estetik. Artikel ini membincangkan konsep geometri sebagai prinsip reka bentuk bandar Islamik dan penerapannya dalam konteks reka bentuk perbandaran. Tujuan kajian ini adalah untuk mewujudkan reka bentuk ruang bandar yang mempunyai kualiti fungsi dan nilai estetik yang tinggi sebagai prinsip asas alam bina Islamik di Malaysia. Objektif kajian adalah mengenal pasti peranan dan fungsi geometri dalam reka bentuk bandar Islamik melalui kajian sejarah penciptaan matematik geometri dan corak geometri Islamik. Kajian ini menggunakan kaedah penerokaan (exploratory) ulasan literatur berkaitan sejarah tamadun alam bina Islam yang melibatkan konsep, peranan dan fungsi geometri disokong oleh pemerhatian dan pengalaman. Hasil penelitian menunjukkan kepentingan reka bentuk geometri dalam penghasilan reka bentuk bandar yang berfungsi dan bernilai estetik. Kajian ini menyumbang kepada pemahaman maksud, konsep dan tujuan aplikasi reka bentuk geometri yang perlu diterapkan di dalam membentuk imej dan identiti reka bandar berciri Islamik yang lebih menarik di Malaysia.


Download File

[img] Text
Geometri dan peranannya dalam reka bentuk bandar Islamik .pdf

Download (7kB)
Official URL or Download Paper: https://ejournal.ukm.my/gmjss/article/view/23228

Additional Metadata

Item Type: Article
Divisions: Faculty of Design and Architecture
DOI Number: https://doi.org/10.17576/geo-2018-1402-07
Publisher: Universiti Kebangsaan Malaysia
Keywords: Islamic urban; Geometry; Identity; Image; Urban design; Arts
Depositing User: Nurul Ainie Mokhtar
Date Deposited: 16 Mar 2021 04:37
Last Modified: 16 Mar 2021 04:37
Altmetrics: http://www.altmetric.com/details.php?domain=psasir.upm.edu.my&doi=10.17576/geo-2018-1402-07
URI: http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/72844
Statistic Details: View Download Statistic

Actions (login required)

View Item View Item