UPM Institutional Repository

Faktor luaran relaps dalam kalangan penagih lelaki dewasa di Cure and Care Service Centre, Kuala Pilah


Citation

Azizul, Muhammad Dhamir Audi and Wan Jaafar, Wan Munira and Mohd Khir, Azlina (2018) Faktor luaran relaps dalam kalangan penagih lelaki dewasa di Cure and Care Service Centre, Kuala Pilah. Malaysian Journal of Social Sciences and Humanities, 3 (2). 159 - 168. ISSN 2504-8562

Abstract

Penagihan semula atau relaps adalah keadaan yang biasa berlaku terhadap seseorang bekas penagih dadah yang selesai menjalani program rawatan pencegahan dan pemulihan. Relaps adalah menggunakan semula dadah selepas berhenti menggunakannya untuk satu tempoh tertentu yang bergantung kepada ketahanan seseorang melawan sindrom putus dadah. Terdapat pelbagai faktor yang mempengaruhi bekas penagih untuk relaps. Kajian ini dilakukan bertujuan untuk menjelaskan faktor luaran relaps dalam kalangan penagih dadah lelaki. Kajian ini merupakan kajian kualitatif yang menggunakan pendekatan fenomenologi melalui kaedah temu bual bersemuka dan pemerhatian turut serta terhadap lapan orang penagih yang sedang mengikuti program pemulihan di Cure and Care Service Centre, Kuala Pilah. Pemilihan sampel dilakukan melalui teknik persampelan bertujuan dan data telah dianalisis menggunakan analisis tematik melalui pendekatan induktif yang menumpukan kepada pengekodan untuk memperolehi tema-tema utama. Hasil kajian mendapati bahawa antara faktor luaran yang menyebabkan penagih lelaki relaps adalah faktor keluarga, rakan sebaya dan persekitaran. Kesimpulannya, faktor-faktor yang dikenal pasti ini memberi gambaran pengaruh luaran yang menyebabkan penagih dadah yang dikaji relaps. Oleh itu, pengkaji mencadangkan agar agensi yang bertanggungjawab membentuk sebuah modul atau program kepada pelatih selepas mereka selesai menjalani program pemulihan supaya mereka mengetahui arah tuju serta mendapatkan kepulihan yang sebenar.


Download File

[img] Text
Faktor luaran relaps dalam kalangan penagih lelaki dewasa .pdf

Download (10kB)

Additional Metadata

Item Type: Article
Divisions: Faculty of Human Ecology
DOI Number: https://doi.org/10.47405/mjssh.v3i2.78
Publisher: Secholian Publication
Keywords: Relapsed addiction; Drug addicts; Risk factors; External factor; Recovery
Depositing User: Nurul Ainie Mokhtar
Date Deposited: 30 Jan 2021 00:47
Last Modified: 30 Jan 2021 00:47
Altmetrics: http://www.altmetric.com/details.php?domain=psasir.upm.edu.my&doi=10.47405/mjssh.v3i2.78
URI: http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/72733
Statistic Details: View Download Statistic

Actions (login required)

View Item View Item