UPM Institutional Repository

Rasuah politik dalam kalangan ahli politik di Malaysia


Citation

Mohd Yusof, Hairuzzaki (2014) Rasuah politik dalam kalangan ahli politik di Malaysia. Masters thesis, Universiti Putra Malaysia.

Abstract

Rasuah politik merupakan jenis rasuah yang paling tinggi yang dilakukan oleh ahli politik dan pemimpin politik. Kesan rasuah politik ini memberikan impak yang besar kepada masyarakat dan negara kerana golongan ini yang akan menentukan masa depan negara. Tetapi timbul persoalan seperti mengapakah ahli politik tersebut mengamalkan rasuah? Apakah ada kaitan kes rasuah politik dengan aktiviti dalam parti politik yang mereka wakili? Maka kajian ini dilakukan bagi menjawab persoalan tersebut. Kajian ini adalah mengenai kes rasuah politik yang dilakukan oleh tokoh politik Malaysia di mana kes tersebut telah dituduh di mahkamah dan mereka telah dijatuhkan hukuman oleh mahkamah atas kesalahan rasuah. Tujuan kajian ini adalah untuk melihat faktor-faktor penglibatan ahli-ahli politik di dalam rasuah politik dan juga menganalisa kes rasuah tersebut untuk melihat kaitannya dengan aktiviti politik. Kajian ini menggunakan pendekatan kualitatif dengan menggunakan analisa kandungan terhadap enam fail kes siasatan rasuah yang melibatkan tokoh-tokoh politik terkenal tanah air. Kajian ini juga menggunakan teknik temubual mendalam bagi mendapatkan data primer bagi menyokong hasil kajian ini. Analisis kajian menggunakan konsep rasuah politik dan aktiviti politik dalam melihat hubung kait antara aktiviti politik, ahli politik dengan rasuah politik. Sebanyak enam fail kes siasatan rasuah dipilih sebagai subjek kajian untuk mengkaji faktor-faktor penglibatan ahli politik dan aktiviti politik dengan rasuah politik di Malaysia. Manakala temubual mendalam terhadap dua tokoh politik muda tanah air adalah bertujuan untuk mendapatkan pandangan dan cadangan yang sesuai untuk menangani masalah rasuah yang melibatkan ahli politik dalam aktiviti politik di Malaysia. Hasil kajian mendapati ada kaitan secara langsung dan secara tidak langsung antara ahli politik, aktiviti politik dengan rasuah politik iaitu di dalam proses pembiayaan politik dan pendanaan parti politik. Manakala faktor penglibatan ahli politik di dalam rasuah politik ialah disebabkan keperluan untuk mendapatkan dana bagi membiayai aktiviti politik mereka. Mereka telah menyalah gunakan kuasa untuk faedah peribadi dan sekutu serta untuk mengekalkan kuasa yang ada. Kesemua faktor tersebut menjurus kepada faktor tiadanya integriti di kalangan ahli politik. Bagi menangani masalah tersebut, adalah dicadangkan supaya diwujudkan garis panduan yang khusus dalam proses pendanaan dan pembiayaan politik dan keperluan untuk memperkenalkan model integriti politik untuk mendidik golongan ahli politik mengenai kepentingan integriti dan transparensi di dalam politik.


Download File

[img]
Preview
Text
FEM 2015 67 - IR.pdf

Download (2MB) | Preview

Additional Metadata

Item Type: Thesis (Masters)
Subject: Political corruption - Malaysia
Call Number: FEM 2015 67
Chairman Supervisor: Profesor Jayum Jawan, PhD
Divisions: Faculty of Human Ecology
Depositing User: Mas Norain Hashim
Date Deposited: 12 Nov 2019 08:13
Last Modified: 12 Nov 2019 08:13
URI: http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/71061
Statistic Details: View Download Statistic

Actions (login required)

View Item View Item