UPM Institutional Repository

Struktur perbualan dalam filem Anak Bapak


Citation

Che Soh, Nur Amirah (2015) Struktur perbualan dalam filem Anak Bapak. Doctoral thesis, Universiti Putra Malaysia.

Abstract

Perbualan merupakan peristiwa bahasa yang berlaku dalam masyarakat sama ada secara semula jadi atau dirancang. Antara unsur yang mempengaruhi sesuatu peristiwa bahasa itu ialah suasana, latar belakang penutur, sistem panggilan, intonasi dan konteks makna yang melatari perbualan tersebut. Dengan menggunakan perbualan watak dalam filem Anak Bapak pada tahun 1968, objektif kajian ini akan membincangkan struktur perbualan yang berlaku dalam filem Anak Bapak. Secara kebiasaannya penonton beranggapan perbualan yang berlaku dalam filem Anak Bapak berdasarkan kepada skrip yang telah disediakan. Walau bagaimanapun, kebolehan dan keupayaan barisan pelakon dalam filem tersebut dalam mengujarkan dialog secara spontan sehingga sesuatu perbualan itu tampak semula jadi juga tidak dapat dinafikan. Hal ini kerana, perbualan merupakan suatu peristiwa bahasa yang semula jadi di mana terakam sosiobudaya masyarakat penuturnya. Analisis dibuat berdasarkan pendekatan struktur perbualan yang dikemukakan oleh Asmah Haji Omar (2010). Sementara itu, kajian berkenaan perbualan daripada ahli bahasa lain seperti Tsuda (1980), Don H. Zimmerman (1992), Schiffrin (1994), Adrian Akmaijan (1997) dan Idris Aman (2010) akan dimanfaatkan dalam perbincangan. Kaedah penyelidikan yang digunakan ialah kajian kepustakaan, pemerhatian audio dan teks dan analisis teks. Dapatan kajian menunjukkan setiap perbualan itu mempunyai strukturnya daripada pembuka sehinggalah penutup perbualan. Perbualan dalam filem P.Ramlee menggunakan bahasa pertuturan masyarakat seharian seperti mana perbualan yang berlaku dalam filem Anak Bapak. Oleh sebab itu, sebahagian besar filemnya diterima baik oleh segenap lapisan masyarakat dan dalam masa yang sama penggunaan bahasanya melambangkan kehalusan dalam berbicara. Walaupun filem yang dipaparkan adalah untuk tontonan, namun bahasa yang semula jadi ini sebenarnya amat bermanfaat bagi kajian linguistik yang tepat. Dengan adanya kajian sebegini, bahasa dalam filem dapat ditingkatkan mutunya dan dalam masa yang sama kajian linguistik, yang memberi tumpuan kepada bahasa yang dituturkan oleh penuturnya boleh ditambah baik di masa hadapan.


Download File

[img]
Preview
Text
FBMK 2015 100 IR.pdf

Download (1MB) | Preview

Additional Metadata

Item Type: Thesis (Doctoral)
Subject: Transcription
Subject: Motion pictures - Malaysia
Call Number: FBMK 2015 100
Chairman Supervisor: Profesor Madya Che Ibrahim Salleh, PhD
Divisions: Faculty of Modern Language and Communication
Depositing User: Mas Norain Hashim
Date Deposited: 12 Nov 2019 08:00
Last Modified: 12 Nov 2019 08:00
URI: http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/71050
Statistic Details: View Download Statistic

Actions (login required)

View Item View Item