UPM Institutional Repository

Penerapan retorik dalam penyampaian ceramah agama


Citation

Yaakob, Nor Azuwan and Zainon Hamzah, Zaitul Azma and Md Zain, Normaizura and Syed Abdullah, Syed Nurulakla (2018) Penerapan retorik dalam penyampaian ceramah agama. Jurnal Linguistik, 22 (2). pp. 54-67. ISSN 1823-9242

Abstract

Retorik merupakan seni bahasa estetik yang menarik dan digunakan untuk menekankan aspek kesantunan dan keterampilan dengan mengaplikasikan bahasa yang halus dalam berkomunikasi secara lisan ataupun tulisan. Justeru, peranan penceramah agama bukan sahaja untuk membincangkan isu-isu semasa yang dihadapi oleh umat Islam, malahan memberikan penyelesaian yang terbaik untuk setiap masalah yang timbul. Melalui kemahiran berkomunikasi yang berkesan dan penerapan retorik dalam ceramah agama dapat memotivasikan audiens untuk menerima dan mengamalkan nasihat yang disarankan. Kajian ini dilakukan untuk mengenal pasti jenis retorik yang digunakan dalam ceramah agama yang disampaikan oleh tiga orang penceramah popular negara, iaitu Ustaz Azhar Idrus, Ustaz Kazim Elias dan Ustaz Don Daniyal Don Biyajid. Kajian ini juga bertujuan untuk menganalisis jenis retorik yang digunakan oleh ketiga-tiga penceramah tersebut dengan menggunakan Teori Retorik Moden oleh Enos dan Brown (1993) sebagai landasannya. Dapatan kajian ini menunjukkan bahawa retorik penceritaan adalah yang paling dominan digunakan, diikuti jenis retorik lain seperti penghujahan, pendedahan, pemujukan, pemerian dan penerangan. Kajian ini juga membuktikan bahawa kesemua penceramah agama tersebut menggunakan unsur retorik yang mencerminkan kemahiran mereka untuk menarik minat orang ramai supaya kekal fokus dan mengikuti ceramah mereka dari mula sehingga akhir.


Download File

[img]
Preview
Text (Abstrak)
Penerapan retorik dalam penyampaian ceramah agama.pdf

Download (34kB) | Preview
Official URL or Download Paper: http://jurnal.plm.org.my/?page_id=252

Additional Metadata

Item Type: Article
Divisions: Faculty of Modern Language and Communication
Publisher: Persatuan Linguistik Malaysia
Keywords: Rhetoric; Religious talk; Politeness; Skill; Foundation
Depositing User: Nabilah Mustapa
Date Deposited: 10 Sep 2019 06:14
Last Modified: 10 Sep 2019 06:14
URI: http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/70983
Statistic Details: View Download Statistic

Actions (login required)

View Item View Item