UPM Institutional Repository

Leksis gender dalam novel terpilih A. Samad Said


Citation

Saimon, Aminnudin (2015) Leksis gender dalam novel terpilih A. Samad Said. Masters thesis, Universiti Putra Malaysia.

Abstract

Leksis merupakan unit yang penting dalam bahasa terutamanya dalam pembentukan ayat. Dari sudut linguistik, leksis merupakan perbendaharaan kata dalam bahasa. Dari sudut linguistik, leksis gender ialah perbendaharaan kata yang melibatkan jantina sama ada jantina lelaki, perempuan atau neuter (neutral). Penyelidik menyenaraikan tiga objektif kajian yang utama, iaitu, mengenal pasti penggunaan leksis gender dalam novel terpilih A. Samad Said, menganalisis leksis gender menggunakan teori analisis komponen, dan merumuskan kekuatan penggunaan leksis gender dalam novel terpilih A. Samad Said. Data penyelidikan dikumpul daripada empat buah novel terpilih A. Samad Said, iaitu ‘Langit Petang (1980)’, ‘Di Hadapan Pulau (2000)’, ‘Sungai Mengalir Lesu (2005)’, dan ‘Adik Datang (2012).Data leksis gender yang terdapat pada novel tersebut akan dianalisis menggunakan Teori Analisis Komponen.Hasil penyelidikan mendapati bahawa leksis gender yang dipaparkan dalam novel terpilih A. Samad Said dikategorikan kepada tujuh, iaitu, kekeluargaan, bentuk panggilan, gelaran, pekerjaan/jawatan, kata sifat, kata ganti nama diri dan kata nama. Hasil penyelidikan ini juga mendapati bahawa penggunaan leksis gender yang tepat dan betul akan mewujudkan kesantunan semasa berbahasa. Penggunaan teori analisis komponen juga dapat menyelesaikan masalah leksis gender yang dikatakan bersinonim. Selanjutnya, daripada 10,398 leksis gender yang dikaji, didapati leksis gender daripada kategori kata ganti nama diri mencatatkan jumlah tertinggi, iaitu sebanyak 5,297, diikuti pula leksis gender daripada kategoti kekeluargaan yang berjumlah 1,928 dan leksis gender daripada kategori bentuk panggilan sebanyak 1,410. Penyelidikan yang dijalankan juga mendapati bahawa terdapat kaitan antara leksis gender dengan kesantunan. Di samping itu, penggunaan teori analisis komponen amat bersesuaian dalam menentukan makna sesuatu perkataan.


Download File

[img]
Preview
Text
FBMK 2015 82 IR.pdf

Download (2MB) | Preview

Additional Metadata

Item Type: Thesis (Masters)
Subject: Linguistics
Call Number: FBMK 2015 82
Chairman Supervisor: Profesor Madya Zaitul Azma Zainon Hamzah, PhD
Divisions: Faculty of Modern Language and Communication
Depositing User: Mas Norain Hashim
Date Deposited: 12 Nov 2019 07:44
Last Modified: 12 Nov 2019 07:44
URI: http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/70977
Statistic Details: View Download Statistic

Actions (login required)

View Item View Item