UPM Institutional Repository

Tahap pengetahuan reka bentuk pengurusan projek, risiko penggunaan jentera dan pengenalpastian hazard terhadap amalan keselamatan dalam kalangan pekerja industri pembinaan di Malaysia


Citation

Muslim Tandjung, Seri Astutifitri (2016) Tahap pengetahuan reka bentuk pengurusan projek, risiko penggunaan jentera dan pengenalpastian hazard terhadap amalan keselamatan dalam kalangan pekerja industri pembinaan di Malaysia. Masters thesis, Universiti Putra Malaysia.

Abstract

Statistik kemalangan industri pembinaan telah merekodkan peningkatan dan berada pada tahap yang membimbangkan. Kemalangan ini berlaku disebabkan proses kerja dan penggunaan jentera yang berisiko dalam industri pembinaan. Sementara itu, Pendidikan Teknikal dan Vokasional berperanan sebagai penggerak utama dalam mendidik dan melatih tenaga mahir dan separa mahir. Penyepaduan elemen keselamatan ke dalam Pendidikan Teknikal dan Vokasional dapat menangani situasi pekerjaan yang berisiko dengan kompeten dan seterusnya mengurangkan kadar kemalangan berlaku. Oleh yang demikian, kajian ini dilaksanakan bertujuan untuk mengukur tahap amalan keselamatan pekerjaan, tahap pengetahuan reka bentuk pengurusan projek, tahap pengetahuan risiko penggunaan jentera dan tahap pengetahuan pengenalpastian hazard dalam kalangan pekerja-pekerja industri pembinaan. Kajian juga mengenalpasti perhubungan antara tahap amalan keselamatan dengan tahap pengetahuan reka bentuk pengurusan projek, tahap pengetahuan risiko penggunaan jentera dan tahap pengetahuan pengenalpastian hazard. Seterusnya, kajian menentukan perbezaan yang wujud antara tahap amalan keselamatan pekerjaan pekerja industri pembinaan terhadap bilangan tahun berkhidmat, jenis syarikat berkhidmat dan kelulusan akademik. Kajian kuantitatif yang menggunakan reka bentuk tinjauan ini telah dijalankan ke atas 324 orang pekerja industri pembinaan di Lembah Klang. Responden dipilih secara persampelan bertujuan dan rawak mudah. Penentuan tahap amalan keselamatan pekerjaan dan tahap pengetahuan reka bentuk pengurusan projek, risiko penggunaan jentera dan pengenalpastian hazard adalah berdasarkan nilai min dan sisihan piawai. Sementara itu, ujian ANOVA satu hala digunakan untuk melihat perbezaan antara pembolehubah yang dikaji manakala ujian korelasi Pearson digunakan untuk melihat hubungan antara pembolehubah. Dapatan menunjukkan tahap amalan keselamatan pekerjaan, tahap pengetahuan reka bentuk pengurusan projek, tahap pengetahuan risiko penggunaan jentera dan tahap pengetahuan pengenalpastian hazard adalah sederhana. Manakala terdapat perhubungan positif yang kuat dan signifikan antara pengetahuan reka bentuk pengurusan projek, pengetahuan risiko penggunaan jentera dan pengetahuan pengenalpastian hazard dengan amalan keselamatan pekerjaan. Semakin tinggi tahap pengetahuan responden, semakin tinggi amalan keselamatan perkerjaan. Seterusnya wujud juga perbezaan yang signifikan antara tahap amalan keselamatan pekerjaan terhadap bilangan tahun responden berkhidmat, jenis syarikat responden berkhidmat dan kelulusan akademik responden. Tahap amalan keselamatan responden terbaik adalah mereka yang berkhidmat melebihi 20 tahun, berkhidmat di syarikat perunding dan mempunyai kelulusan lain-lain. Langkah penguatkuasaan akta keselamatan dan polisi syarikat, penyediaan modul prosedur kerja, mekanisme perekodan dan pengenalpastian hazard melalui sokongan daripada pihak pengurusan atasan syarikat terhadap aspek keselamatan dapat mewujudkan persekitaran kerja yang selamat.


Download File

[img]
Preview
Text
FPP 2017 36 IR.pdf

Download (476kB) | Preview

Additional Metadata

Item Type: Thesis (Masters)
Subject: Risk management
Subject: Industrial safety - Malaysia
Subject: Industrial hygiene - Malaysia
Call Number: FPP 2017 36
Chairman Supervisor: Profesor Madya Abdullah Mat Rashid, PhD
Divisions: Faculty of Educational Studies
Depositing User: Nabilah Mustapa
Date Deposited: 06 Sep 2019 07:41
Last Modified: 06 Sep 2019 07:41
URI: http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/70826
Statistic Details: View Download Statistic

Actions (login required)

View Item View Item