Citation
Md. Noor, Zainol Rashidi
(2017)
Kesan input prestasi kecergasan terhadap tahap kecergasan dalam kalangan murid berumur 13-17 tahun di Langkawi, Kedah, Malaysia.
Masters thesis, Universiti Putra Malaysia.
Abstract
Kajian ini bertujuan untuk melihat keberkesanan input prestasi kecergasan terhadap tahap kecergasan dalam kalangan pelajar yang berumur 13-17 tahun di Langkawi, Kedah. Pencapaian sukan daerah Langkawi adalah lemah dan ini mungkin disebabkan oleh kurangnya input yang berkaitan dengan prestasi dan tahap kecergasan. Kaedah eksperimental digunakan dalam kajian ini. Subjek kajian ini terdiri daripada 120 orang pelajar lelaki dan perempuan yang terlibat dengan kelas Pendidikan Jasmani. Ujian Prudential Fitnessgram diguna sebagai intrumen ujian yang melibatkan lima item ujian iaitu Pacer, Bangun Tubi, Lentik Belakang, Tekan Tubi dan Indeks Jisim Tubuh. Jangkamasa ujian pra dan pasca adalah 8 minggu dan dibekalkan dengan input prestasi kecergasan sebagai panduan. Hasil menunjukkan peningkatan skor min dan sisihan piawai antara ujian pra dan ujian pasca. Skor keseluruhan untuk semua item menunjukkan peningkatan nilai min dan sisihan piawai. Dapatan kajian untuk lima item unjian adalah seperti berikut. Ujian pacer menunjukkan skor min ujian pasca (M=27.1, SD=6.4) adalah lebih tinggi (lebih ulangan) secara signifikan berbanding skor min pra (M=26.1, SD=5.9), Ujian bangun tubi menunjukkan skor min pasca (M=31.3, SD=8.1) adalah lebih tinggi (lebih ulangan) secara signifikan berbanding skor min pra (M=30.1, SD=8.2), Ujian lentik belakang menunjukkan skor min pasca (M=32.5, SD=8.0) adalah lebih tinggi (lebih tinggi lentikan) secara signifikan berbanding skor min pra (M=31.9, SD=8.3), Ujian tekan tubi menunjukkan skor min pasca (M=22.9, SD=9.0) adalah lebih tinggi (lebih ulangan) secara signifikan berbanding skor min pra (M=21.1, SD=8.9) dan Ujian Indeks Jisim Tubuh menunjukkan skor min pasca (M=20.5, SD=4.0) tiada perubahan yang signifikan berbanding skor min pra (M=20.5, SD=3.9). Kesimpulannya, secara keseluruhan hasil ujian pra dan pasca setiap ujian menunjukkan peningkatan prestasi berlaku melalui nilai min dan ini menunjukkan keberkesanan input prestasi kecergasan mempengaruhi tahap kecergasan pelajar.
Download File
Additional Metadata
Actions (login required)
|
View Item |