UPM Institutional Repository

Pemikiran reka bentuk kreatif dalam proses reka bentuk perabot di Malaysia berdasarkan pendekatan biomimikri


Citation

Wan Omar, Wan Noor Faaizah (2017) Pemikiran reka bentuk kreatif dalam proses reka bentuk perabot di Malaysia berdasarkan pendekatan biomimikri. Doctoral thesis, Universiti Putra Malaysia.

Abstract

Penciptaan idea baharu adalah penting dalam banyak aspek pemikiran. Peningkatan dalam kaedah berfikir hari ini telah menghasilkan pelbagai proses reka bentuk baharu yang bermanfaat kepada perkembangan bidang pengetahuan. Kekuatan sesuatu reka bentuk adalah tertakluk kepada langkah-langkah yang diambil bagi menyelesaikan masalah dan menghasilkan sesuatu inovasi. Terdapat pelbagai pendekatan yang telah diterokai oleh pereka bentuk bagi tujuan melahirkan inovasi yang lebih berkesan. Penyelidik mengambil biomimikri sebagai pendekatan untuk fahami, iaitu dengan melihat beberapa faktor yang penting dan menjadi keperluan kepada pengurusan rekabentuk pada masa akan datang. Kepentingan penyelidikan ini adalah, memberi kefahaman secara sistematik dalam memahami penghasilan reka bentuk berdasarkan pendekatan biomimikri dengan menjadikan pemikiran pereka bentuk sebagai subjek. Kajian ini juga mengambil pereka perindustrian dan reka bentuk perabot sebagai bahan uji kaji, iaitu untuk memperolehi proses reka bentuk yang lebih sistematik. Untuk memahami tajuk dan kehendak kajian,penyelidik meneliti isu kefahaman pereka berkaitan biomimikri. Selain daripada itu penyelidik juga melihat isu-isu berkaitan permasalahan pelajar dalam mengadaptasi rekaan yang menjadikan alam semulajadi sebagai panduan dalam rekaan mereka.Namun begitu, kajian ini juga melihat isu-isu berkenaan keperluan kemahiran berfikir yang sentiasa menuntut pembaharuan dari masa ke semasa. Tiga aspek penting ini dilihat sebagai isu-isu yang penting dan perlu untuk diselesaikan dan juga diberi penambahbaikan. Keseluruhan isu-isu yang diketengahkan disokong dengan melihat kombinasi teori-teori dari keperluan semasa dan kehendak sosial.Manakala, pemikiran reka bentuk adalah pemikiran universal yang diguna pakai dalam pelbagai bidang ilmu pada masa kini. Pemikiran reka bentuk juga adalah satu cabang proses epistemologi bagi memahami cara pereka bentuk berfikir.Walaubagaimanapun, pemikiran reka bentuk pada kebiasaannya adalah dipengaruhi oleh kerja-kerja reka bentuk yang pratikal. Fokus penyelidikan ini adalah untuk memperkembangkan ilmu pengetahuan dan pengalaman berkaitan proses reka bentuk yang menggunakan pendekatan biomimikri. Penyelidikan ini menggunakan beberapa kaedah dalam pengumpulan data dan analisa, antaranya adalah penggunaan kaedah KJ dalam menetukan kerangka konsep. Selain daripada itu juga penyelidikan ini memperkenalkan sistem tersendiri dengan menggunakan pedekatan penelitian kajian tindakan. Antara metod penting bagi tujuan analisa kajian, penyelidikan ini menggunakan metod campuran iaitu kuantitatif dan kualitatif sebagai tunjang utama penyelidikan ini. Manakala dari segi responden pula penyelidikan ini menggunakan 10 respoden dalam kajian rintis dan 110 responden dalam kajian utama. Dalam proses pengumpulan data setiap aktiviti ada fungsi tersendiri dalam menentukan kaedah pengukuran data. Pengukuran data dalam kajian ini menggunakan beberapa perisian analisa seperti principle component analysis, analisis deskriptif dan analisi kluster dari perisisan SPSS, untuk merealisasikan pengukuran data dalam penyelidikan ini. Dapatan kajian menunjukkan 4 domain utama dalam teras proses reka bentuk biomimikri adalah Penghayatan, Emosi, Transformasi, dan Memaksimakan idea. Berdasarkan pemahaman konsep dan teori satu model proses reka bentuk baharu biomimikri telah dihasilakan. Namun begitu, penghasilan model proses reka bentuk berasakan biomimikri ini dapat memberi manfaat kepada pengamal reka bentuk seperti, pelajar, pendidik dan juga organisasi.


Download File

[img]
Preview
Text
FRSB 2017 15 - IR.pdf

Download (3MB) | Preview

Additional Metadata

Item Type: Thesis (Doctoral)
Subject: Furniture design - Malaysia
Subject: Biomimicry
Subject: Organic architecture
Call Number: FRSB 2017 15
Chairman Supervisor: Profesor Hj. Khairul Aidil Azlin bin Abd Rahman, PhD
Divisions: Faculty of Design and Architecture
Depositing User: Editor
Date Deposited: 06 Aug 2019 01:43
Last Modified: 06 Aug 2019 01:46
URI: http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/70798
Statistic Details: View Download Statistic

Actions (login required)

View Item View Item