UPM Institutional Repository

Kesediaan dan pelaksanaan kemahiran berfikir aras tinggi dalam kalangan guru cemerlang sejarah


Citation

Ramasamy, Sivapakkiam (2017) Kesediaan dan pelaksanaan kemahiran berfikir aras tinggi dalam kalangan guru cemerlang sejarah. Doctoral thesis, Universiti Putra Malaysia.

Abstract

Kemahiran berfikir aras tinggi (KBAT) merupakan salah satu keperluan utama untuk melahirkan insan yang berupaya menghadapi cabaran kehidupan pada peringkat global. Justeru, kemahiran ini telah diiktiraf sebagai salah satu kemahiran utama daripada enam aspirasi murid berdasarkan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025. Usaha Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) untuk merealisasikan pelaksanaan KBAT mula mendapat perhatian serius sejak tahun 2013. KBAT merupakan kesinambungan pelaksanaan kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif (KBKK) yang telah diperkenalkan oleh KPM sejak tahun 1994. Kebanyakan guru Sejarah kurang bersedia untuk melaksanakan pembelajaran dan pengajaran (PdP) berunsur KBAT. Dalam menangani isu ini, kepakaran Guru Cemerlang Sejarah (GCS) belum dimanfaatkan sepenuhnya oleh pihak terlibat. Ilmu KBAT dalam kalangan GCS belum dipantau oleh mana-mana pihak untuk mengenal pasti kesediaan mereka dalam melaksanakan KBAT dan keupayaan mereka menjadi pakar rujuk kepada guru biasa. Penyelidikan kualitatif ini dijalankan untuk mengkaji kesediaan dan pelaksanaan KBAT dalam kalangan GCS. Secara khusus kajian ini merangkumi tiga objektif utama iaitu yang pertama mengenal pasti kesediaan GCS daripada segi pengetahuan deklaratif, pengetahuan prosedural dan disposisi pemikiran untuk menerapkan KBAT dalam kalangan murid. Kedua, untuk mengenal pasti ciri-ciri KBAT yang diaplikasikan dalam PdP yang dilaksanakan oleh GCS dan yang ketiga adalah untuk mengenal pasti kaedah pengajaran yang diaplikasi oleh GCS untuk menerapkan KBAT dalam kalangan murid. Pengkaji menggunakan reka bentuk kajian kes di mana kes yang terlibat ialah kesediaan dan pelaksanaan KBAT dalam kalangan GCS. Sampel kajian terdiri daripada enam orang GCS dari pelbagai lokasi. Kajian ini melibatkan prosedur pensampelan bertujuan di mana GCS yang dipilih memenuhi ciri-ciri tertentu berdasarkan objektif kajian yang ditentukan. Data kajian diperoleh melalui kaedah triangulasi iaitu kaedah pemerhatian PdP dalam kelas, temu bual dan analisis dokumen berkaitan. Analisis data dilakukan menggunakan perisian ATLAS.ti 7.0. Dapatan kajian menunjukkan bahawa kesemua GCS terlibat menunjukkan kesediaan yang cukup mantap merangkumi ilmu pengetahuan deklaratif, pengetahuan prosedural dan disposisi pemikiran. Dapatan kajian menunjukkan GCS mengaplikasikan teknik gabungan beberapa ciri KBAT untuk membantu pelaksanaan KBAT secara berkesan. Analisis dapatan kajian juga menunjukkan GCS kerap mengaplikasikan kaedah penyoalan sokratik dan kaedah perbincangan sebagai kaedah utama pelaksanaan KBAT dalam PdP. Selain itu, kemahiran mengintegrasikan teori kognitif dan teori pembelajaran secara terancang dalam PdP harian membantu GCS melaksanakan KBAT secara efektif dan menggalakkan penglibatan aktif murid. Kajian ini dapat memberi sumbangan kepada pihak KPM untuk menilai peranan GCS dalam membantu menangani masalah penerapan KBAT dalam kalangan guru Sejarah. Kepakaran GCS boleh dijadikan sumber rujukan kepada guru biasa. Kajian ini dapat memberi implikasi daripada segi teori untuk memantapkan lagi pelaksanaan KBAT dalam mata pelajaran Sejarah dan secara praktikal kepada pihak KPM, guru dan murid untuk memastikan pelaksanaan KBAT mencapai matlamat yang dihasratkan.


Download File

[img]
Preview
Text
FPP 2017 31 IR.pdf

Download (2MB) | Preview

Additional Metadata

Item Type: Thesis (Doctoral)
Subject: Thought and thinking - Study and teaching (Elementary) - Malaysia
Subject: History - Teachers - Study and teaching (Elementary) - Malaysia
Call Number: FPP 2017 31
Chairman Supervisor: Fadzilah binti Abd Rahman, PhD
Divisions: Faculty of Educational Studies
Depositing User: Nabilah Mustapa
Date Deposited: 06 Sep 2019 07:40
Last Modified: 06 Sep 2019 07:40
URI: http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/70796
Statistic Details: View Download Statistic

Actions (login required)

View Item View Item