Citation
Mamat, Simah
(2017)
Hubungan pengetahuan pedagogi, kandungan KOMSAS, teknologi, kemahiran dan penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi terhadap pencapaian KOMSAS guru bahasa Melayu di Kelantan, Malaysia.
Doctoral thesis, Universiti Putra Malaysia.
Abstract
Kepakaran dan keberkesanan seseorang guru Bahasa Melayu dapat dinilai melalui penguasaan pengetahuan pedagogi, kandungan, dan teknologi dalam teknik pengajarannya. Kajian ini bertujuan untuk mengkaji tahap pengetahuan pedagogi, pengetahuan kandungan KOMSAS, pengetahuan teknologi, kemahiran dan tahap penggunaan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK) serta hubungannya dengan pencapaian KOMSAS guru Bahasa Melayu di Kelantan. Sejumlah 297 orang guru Bahasa Melayu sekolah menengah dari negeri Kelantan dipilih secara rawak berstrata nisbah sebagai sampel kajian. Terdapat enam objektif yang ingin dicapai dalam kajian ini. Untuk mencapai objektif kajian, satu set soal selidik telah diberikan kepada guru-guru Bahasa Melayu. Data dianalisis menggunakan perisian SPSS Versi 22 secara deskriptif dan inferensi. Analisis deskriptif terdiri daripada min, sisihan piawai, peratusan dan kekerapan. Manakala analisis inferensi yang digunakan ialah ujian-t dan regrasi linear berganda.
Dapatan kajian menunjukkan bahawa tahap pengetahuan pedagogi, kandungan KOMSAS dan teknologi guru-guru Bahasa Melayu berada pada tahap tinggi. Namun tahap kemahiran dan penggunaan TMK dalam kalangan guru Bahasa Melayu masih berada pada tahap sederhana. Dapatan juga menunjukkan pencapaian KOMSAS sentiasa meningkat setiap tahun bermula tahun 2013 hingga 2015. Daripada analisis regresi berganda, didapati pencapaian KOMSAS bagi tahun 2013 dipengaruhi oleh pengetahuan pedagogi. Seterusnya, pencapaian KOMSAS bagi tahun 2014 adalah dipengaruhi oleh pengetahuan kandungan dan teknologi. Bagi tahun 2015 pula, dipengaruhi oleh pengetahuan kandungan, pedagogi, dan teknologi. Manakala, pencapaian keseluruhan KOMSAS pada tahun 2013 hingga 2015 adalah dipengaruhi oleh pengetahuan pedagogi, kandungan, dan teknologi.
Berdasarkan dapatan kajian, beberapa implikasi dikemukakan yang meliputi aspek latihan TMK kepada guru Bahasa Melayu dan guru bukan opsyen, serta semakan kurikulum Bahasa Melayu (KOMSAS). Guru-guru perlu sentiasa didedahkan dengan kursus-kursus dan latihan pengajaran yang mengintegrasikan TMK secara berterusan. Dapatan juga memberikan panduan kepada KPM untuk menggubal atau menambahbaik kurikulum Bahasa Melayu dengan mengintegrasikan elemen pengetahuan pedagogi, kandungan, dan teknologi dalam pengajaran KOMSAS.
Download File
Additional Metadata
Item Type: |
Thesis
(Doctoral)
|
Subject: |
Malay language - Study and teaching - Malaysia |
Subject: |
Teaching - Malay language |
Subject: |
Education - Methodology |
Call Number: |
FPP 2017 29 |
Chairman Supervisor: |
Profesor Madya Habibah Ab Jalil, PhD |
Divisions: |
Faculty of Educational Studies |
Depositing User: |
Nabilah Mustapa
|
Date Deposited: |
06 Sep 2019 07:39 |
Last Modified: |
06 Sep 2019 07:39 |
URI: |
http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/70768 |
Statistic Details: |
View Download Statistic |
Actions (login required)
|
View Item |